Semalam aku bersembang dengan ibuku, selepas selesai menunaikan solat isyak bersama. Pada mulanya aku merasa bimbang untuk pulang ke tanah air sempena raya ini. Entahlah, aku sangat-sangat merasa tidak sedap hati.
Namun Alhamdulillah, setibanya di sini dari permusafiran bersama saudari Raufa Comel itu…hingga hari ini, aku kali pertama merasa bahagia berada di rumah dan bersama ibu bapa.
Mungkin sebelum ini memang bahagia, tetapi apabila aku menghabiskan masa bersama adik-adikku. Kali ini, korum bertambah….aku tak pernah merasa teramat gembira dan bahagia apabila bersama ibu bapaku…seperti kebersamaan kami kali ini…Tuhan….apakah yang sedang engkau rencanakan padaku…dan keluargaku….huhu….aku hanya membayangkan kejadian yang indah sahaja……Amin Ya Muhaimin….
Berbalik kepada perbualan kami malam semalam. Kami membincangkan isu-isu dalam keluarga. Tetiba ibuku bertanya “dah ada calon ka Long?” Huhu…selama ini aku tidak berani untuk bercerita hal-hal sebegini pada mereka. Bagiku tidak wajar. Aku masih teringat lagi bagaimana aku menyerahkan surat yang di kirim oleh budak lelaki kepadaku kepada ayahku. Masa itu, zaman budak2 la.Masa sekolah menengah, masa tingkatan satu, aku memang paling jahil bab-bab begini. Masa sekolah rendahku pula dipenuhi dengan ‘kebrutalan’ ku.
Aku tiada masa untuk meminati budak lelaki kerana aku ingin menjadi seperti mereka, nak jadi lelaki. Aku agak tomboy ketika sekolah rendah.Sangat kasar. Suka bertumbuk. Bergaduh.sepak terajang.Dengan budak lelaki.perempuan yang tak suka pada aku pun aku bantai tika itu Cuma tak lah aku menyepak dan menumbuk kaum sejenisku.Haha.Bergaduh dan menyumpah seranah(memaki dan mencarut) adalah rutinku.Di luar rumah sahaja.hehe. di rumah, waktu sek rendah aku jadi pendiam dan kaki study…hehe…sangat split personality.
Bayangkan membuat appointment untuk bergaduh dgn budak lelaki atau perempuan di sek rendah adalah biasa bagiku. “woi, jumpa kat grandstand blakang sekolah kol 2.30 ri tok tauk!!!” (woi, jumpa kat pentas belakang skolah pukul 2.30 hari ni tahu!!!)itulah antara ayat-ayat appointment kami yang paling ‘sopan’. Tidak sanggup ku utarakan yang ‘indah-indah’ daripada itu.
Dan kadang-kadang aku juga suka melawan cakap ibuku,ayahku pulak aku tidak berani…sebab dia adalah bapak segala tegas kepada kami tika itu.besalah waktu kita kecik2 kan parents salunya mendidik anak2 dgn ketegasan dan kegarangan…KESIAN IBUKU.MAAFKAN ALONG SEBELUM INI IBU.
dan hingga STPM aku tak pernah bergerek atau bercinta kerana sebab2 yang aku tak boleh elakkan waktu itu,heheh.Dan hingga kini aku juga tidak pernah berani untuk memasuki alam percintaan. Walaupun ketika usia di tahap menengah atas, aku sudah mula berperasaan seperti perempuan yang normal….huhu….aku tetap malas.malas nak menyerabutkan kepala dgn hal2 percintaan. Bercinta bagiku lebih banyak mengundang sengsara.tak sesuai untuk aku yang takkan boleh menjadi “makwe” yang baik.
I devote my love for man only after my transmission as a wife. Only can think of being a superb wife,mother and nanny.InsyaAllah.Amin ya Razak…
Aku terbebek (terkedu) seketika untuk soalan ibuku tadi.Tanpa sengaja aku tersenyum. Serta-merta satu wajah menerpa di benak ku.
“Kawan jak adalah.sik da pa pa bah mak.sik ku berani.kawan jak yang rami.”
(kawan je, adalah mak.tak ada apa-apa lah mak.saya tak berani.kawan je yang ramai.)
“Xpa. Kawan jak lah dolok kat universiti.sama university lagik bagus.sempat kenal ati budi.mak riso jak kes-kes andartu tok.”
(…kawan je lah dulu.lebih baik sama university…mak risaukan kes-kes andartu ni)
“Mm”
“Sapa tek Long? Urg cney? Kos apa?”
(sapa tu long?org mane?...)
Ibuku nampaknya tengah berusaha nak mengorek isi hati anak sulungnya ini.Yang bagiku masih budak.Plu banyak menuntut lagi.Eda, blum masanya!Perjalanan di depan sana masih kabur.bukan jauh Eda.masih tak ketahuan.Entah sampai kah tidak aku untuk sampai di saat seterusnya.
Aku katakan pada ibu…memang ada yang berkenan di hati. Aku jawab 3 persoalan kedua terakhir itu.soalan terakhir dari ibu, baikkah dia? “Tangga lah gney”(tengoklah nanti).jawabku.Tapi aku serahkan pada Allah untuk memilih buatku.pilihanku tak semestinya pilihan Allah.pilihan Allah lah pilihanku .
moga daku terus dipandu oleh Yang Maha Kuasa dalam setiap langkah yang ku ambil…dalam hidup ini…..bantulah daku hamba Mu yang pacal ini Ya Allah….
Kawan-kawan, doakn aku agar mencapai perkara yabg lebih utama dulu daripada tercapainya sebuah perkahwinan terlebih dahulu. Kita sebenarnya pelu melaksanakan dahulu misi dan visi Allah.laksanakan lah dulu basis duty yang terbahu pada kita sebagai officer of Allah buat masa kritikal ini.
Perkahwinan itu akan mudah menyusuli langkah kita andai kita bersiap siaga terlebih dahulu dengan membina iman, meneguhkan diri kita,mengutip sebanyak-banyaknya ilmu segala manfaat, jadi hamba yang baik, khalifah yang sejati, anak yang baik…..dan perjuangan sebagai seorang mahasiswa yang sejati.sebagai pewaris risalah ad-deen.
mungkin berkata lebih mudah…ayuh kita bantu sesama kita untuk mengejar cita-cita utama. Mmikirkan bagaimana hendak melahirkan generasi TAADIB,RABBANI dan INTELEKTUAL- ISLAMI.That is the big GOAL…ALLAHUALAM.
Celebrating Prophet Muhammad, Our Prophet
5 weeks ago
2 comments:
Wahai Cik Eda... Soalan tu biasa2 ajer...Sume org akan mengalami fasa2 sedemikian.. Same goes to my mom. Al-Maklumlah anak dia ni dh 24thn. kwn2 anak2nye pun dh bkhwin & dh ada cucu lg.. So dun wory much abt dat... All parents will ask the same thing & they juz worried their daughter will be unmarried forever.. kiranya takut tak laku ler... bila terbaca ni, teringat kat diri sendiri (Lalala~!)... BILALAH AKU NAK KAWIN... huhu
kenapa my mom tak tanya macam nie pon?? hahahha...
insya allah sahabat...amiinnn..
Post a Comment