Assalamualaikum....
lama sudah aku merasakan jiwa dan tangan ku begitu rindu sekali untuk menulis.terlalu lama rasanya aku tidak berkarya.karya2 pendek di facebook masih gagal melunaskan rasa jiwa yang ingin melakar tinta.
hari ini aku ingin berkongsi tentang pengalaman jiwa yang tidak bisa aku lupakan semasa aku pulang sekejap ke kampung halaman pada penghujung april yang lalu.kemanisan yang bertitik tolak dari saat itu memberi motivasi untuk ku menghitung diri lagi.ya diri yang dhaif, faqir dan banyak hutangnya pada Pencipta.
Dalam pertemuan dengan semua yang aku sayangi di sana, aku mempelajari kasih sayang Mukminin itu adalah tanpa mengenal ikatan tanggungjawab yang berada dalam urusan2 kehidupan nazari semata.Contohnya, adakah kerana dia Presiden saya, baharulah saya nak dengar dan tolong gerak kerja dia?
Adakah kerana ada kepentingan masing2, baharulah kita ambil berat pasal orang lain? Contohnya, hanya kerana dia sebagai comittee tukang masak dalam program kita, baharulah kita rasa ingin berukhuwah dengannya? Tidak, bukan?
Adakah kerana dia punyai banyak kelebihan baharu kita merasa ingin berdampingan dengannya? Atau kerana dia tak punya apa, kita merasa tak sungguh-sungguh untuk selalu mengambil berat tentangnya?
Dalam pengisian senior saya waktu tu, beliau telah mengingatkan supaya kami masing-masing berusaha memelihara kekuatan dan kesensitivitian Ruh. Hal ini kerana amalan lahiriah yang di dasari oleh keikhlasan kehadiran amalan batin itu amat membantu memperkuatkan Ruhiyyah seorang insan.
Apabila Ruhiyyah keinsanan itu mampan atas mengejarnya Ruh itu untuk selalu dekat dengan Sang Penciptanya....maka....walau apa dugaan dunia,sekejam mana pun, badani dia, insyaAllah pasti tabah dan bersedia untuk menanggungnya.Menanggung penderitaan dunia,segala mehnah dari Allah yang pastinya untuk kebaikan. Tiada pernah Allah itu menganiaya hambaNya melainkan manusia2 itu sendiri.
Bagaimana pula untuk menjaga Ruh? Saya ingat lagi, senior saya menggesa supaya, Sesama sahabat, pastikan, usah hanya mengambil berat tentang kesatabilan badani dan emosi semata. Betapa pentingnya kita sama2 memastikan sahabat2 kita, atau manusia2 lain yang kita ambil peduli, care of, untuk selesai pengetahuan dan amalan fardhu ain nya. Untuk kita sama2 bantu sesama diri kita agar selesai kewajipan kita untuk mengisi diri dengan ilmu-ilmu fardhu ain, sebelum dipanggil pulang oleh Ilahi...yang kita tak pernah tahu pun bila.
Cuba anda, kita, saya, perhatikan diri balik.Cukupkah sekadar baik dalam bermuamalah dengan manusia? Pengetahuan tentang perkara fardhu sudah baik kah? Sudah boleh jawab dgn memuaskan kalau ada orang jahil tanya kita? Solat fardhu pula bagaimana? Tahu yang mana wajib yang mana sunat? Solat fardhu kita ni adakah sentisa pada awal waktu? Adakah kita sentiasa merasa seperti ingin segera bersolat,seperti tak sabar2 mahu solat setelah mendengar azan berkumandang? Ada pernah kita merasa gelisah dan tak tenang jika kita belum solat-solat lagi tanpa uzur syar'i? Pernah kah kita merasa berang yang teramat pada sahabat2 kita yang tak tinggalkan kerjanya walhal sudah hampir 45 minit, waktu solat sudah masuk? Atau kita kata dalam hati' "lantak kaulah kalo ko malas sembahyang.bukan hal aku." Begitukah hakikat kasih sayang seorang mukmin?
Kalau the core ibadah kita sudah malas nak buat, toksey lah bicara lebih pasal amalan sunat. Amalan-amalan sunat ini sepatutnya kita usaha lakukan, atas kesedaran yang wajib pun kita rasa tak cukup untuk diterima Allah. jangan pernah merasa amalan kita ini sudah hebat sangat, memang konfem semua akan diterima. Sebab itu, kita bermujahadah mentradisikan dan mendisiplinkan diri kita dengan melakukan segala kebajikan.sudah pastilah yang wajib tidak pernah ya untuk ditinggalkan.Bukankah Allah berfirman dalam nas umum, fastabiqul khaiyrat? Yakni, berlumba-lumba melakukan kebajikan?
jadi nak buat baik, selain solat.berzikir, bertahmid, bertakbir solat puasa qiyam dan sebagainya perlunya kita mengambil bahagian dalam pembinaan biah solehah, supaya orang-orang Malaysia beradab, peka terhadap kebajikan dan keperluan orang lain. pendek kata kita perlu turut serta dalam mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran selama keberadaan kita dalam masyarakat. IF YOU DONT WANT TO PARTICIPATE IN BUILDING KHAYRA UMMAH, U BETTER FIND UR OWN PLACE WHERE U CAN SIT ALONE, EVERYTHINGS U DO ALONE, UR OWN WORLD-TELL THE WORLD U CAN LIVE WITHOUT OTHERS AND WITHOUT UR CREATOR.
Doa.....ini terlau indah untuk dihuraikan kekuatannya, auranya, kesanya pada manusia yang tak lain tak bukan berinteraksi dengan Penciptanya dimana2.without any device but immediate call.jeritan batin.cukup batin mu menjerit sayu dengan doa, harap2, keluh kesah,merayu-rayu..dalam doa pada Allah bukan semata-mata untuk mendoakan diri, tapi mendoakan orang lain.orang lain.
Rasulullah bersabda, Malaikat mengaminkan doa orang yang mendoakan orang lain dan mendoakan perkara yang sama supaya dikurniakan kepada hamba yang berdoa utk org lain itu.Sudah pastilah doa yang dimaksudkan adalah doa kebaikan.
jadi? rugikah mendoakan supaya sahabat2 kita dapat deanlist? rugikah mendoakan supaya kawan disebelah kita dapat rezeki melimpah ruah? Nak lokek lagi mendoakan org lain?Hmm?Dan doa itulah yang bisa menjaga tautan hati-hati yang takutkan Allah semata.doa lah pengikat hati-hati yang azamnya untuk membela Rasulnya dari penghinaan manusia hina. yang azamnya untukm menjaga IZZAH Islam(kemuliaan Islam). yang azamnya untuk menjadi ansaruLlah.(Penolong agama Allah). yang hatinya sentiasa berkasih sayang dengan manusia lain.membuang sangka-sangka buruk dalam diri.yang mencipta seribu alasan kebaikan jika mendapati ada kejelekan sahabtnya pada pandangannya.yang berusaha supaya sahabatnya menjadi lebih baik jika benar punyai silap dan kekurangan.kalau dalam counselling punya rukun, non-judgmental dan unconditional positive regard.
Jagalah ruhmu, dan murahkanlah lidah mu mendoakan orang lain.
SESUNGGUHNYA DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN.
DOA ITU OTAK IBADAH
ALLAH MENGABULKAN DOA ORANG YANG TERANIAYA
Usah memeperlekehkan doa.Bermain-mainlah ketika berdoa nescaya kamu akan merasakan Allah mempermainkan permintaaan kamu.Tak tergambar girangnya hati apabila doa-doa itu didengari dan dikabulkan oleh Nya.
Ruhmu perlu kuat, baharulah binaan fizikal mu tabah dan tahan. Doamu perlu ihklas, baharulah kau syahadah antara keajaiban hati dan doa.
Al-faqirah,
Insan dhaif, dalam luka dunia.
2 comments:
sungguh tersentuh dengan tintamu ini. sabarlah dengan ujian dunia.
benar Aida, doa adalah senjata org mukmin. Terima Kasih ats doa Aida selama ini.
Ana Uhibbuki Fillah Ya Ukhti :)
lamak dah sik nengar siraman ilmu muhasabah dari aida. =)
Post a Comment