Petang 7 Nov aku dipelawa untuk bersama merasa Tamrin bersama peserta Unisel oleh seorang ukhti yang walaupun baru kukenali sudah terasa ku kenali dulu…Kak Mariati Bt Roslan…bersama2 adek Lina Mursyidah dan kak Liza kami mencari Tanjung Karang dengan sabar.TamrinJundi.Sedangkan aku keresahan…
Hati ku meruntun untuk meluahkan dapatan yang mampu aku kutip di tgh2 bendang itu…hanya ada 8 peserta Muslimah…Aku,Kak Asni, Kak Ana,Dek Anyah, Dek Seha, Dek Ila,Dek Ifa dan Dek Ina…kami dipandu oleh fasilitator yang dekat di hati,InsyaAllah…Izzah Hanani,Lina Mursyidah,Abg Dat,Abg Naim, Abg Affendi,Abg Mash.Yang setia membakar dapur dengan masakan yang mengikat hati-hati,Junaidah,Puteri Raudhah,Fatin…yang membantu menjayakan menghidupkan lagi program ini juga, Dek Hafiz dan Dek Udin,Kak Aini,Kak Ija, J-mey,Tuttti,Sakinah… kehadiran mereka membujuk hati ku yang sarat rindu ingin pulang segera ke halaman asal.Intipati yang aku temui umpama menemui mutiara di dasar laut yang penuh kesukaran…jerung2…gelap, dalam…dan sebagainya…kerasukan input ke minda ku menghalangku untuk merindui saat bermalas-malasan,bersenang-senangan…masa hidup ini terasa amat sebentar…apakah mampu ku menghabiskan hidupku ini dengan penuh makna dalam keredhaan Ilahi…muntahan ilmu dlm beberapa hari itu meyakinkan aku bahawa ruang kosong yang ada di minda dan jiwa ku perlu ku isi sebanyak y termampu…
Kak Lid menyajikan kami dengn konsep hamba Allah dan khalifah Allah.Seharusnya sebagai manusia, sepatutnya kt bersoal tentang asal lahirnya kt.dr mana?apa yg sebenarnya dilakukan pada hayat ini?bagaimana meneruskan penghidupan yg sebenar-benarnya kehidupan?tujuan kita apa sebenarnya?hala tuju kt ke mana selepas hayat di dunia ini?
Kita memiliki unsur jasmani dan rohani.terkandungnya nafsu, aqal dan qalb dalam rohani.Unsur ini berkaitan dgn konsep hamba dan khalifah.melalui unsur ini lah kt mampu merealisasikn tugas murni ini.bagaimana?didiklah jasmani dan rohani dengan acuan yang tepat.sebagai hamba, kt tidak memiliki ttp dimiliki.bukan dimiliki ibu ayah, pasangan atau org yg dicinta,majikan dan entah apa2 lagi ttp ALLAH.BUKAN siapa2 milik siapa2.Serahlah diri dalam sendu yang total kpd-Nya.Kita lemah.Kita yg memerlukan-Nya.BUKAN Dia yang musnah tanpa kita, sebaliknya kita y hancur-lebur apabila tanpa berhajat kpd-Nya. Kita penuhi dulu jawatan hamba y mulia ini dgn berusaha menyempurnakan ibadah umum dan khusus…sedaya upaya, InsyaAllah.Khalifah di manifestasikan dgn mentadbir dan mengurus alam dgn sebaik-baiknya,adil,benar dan atas landasan yg jitu,yakni Dinullah.
Encik Musleh membawa kami kepada contoh-contoh generasi Rabbani yang tika itu sezaman dgn Rasulullah.Bagaimana bijaknya Saidina Ali Karamallahuwajhah menjawab soalan kaum yahudi yg sengaja mengujinya.Jawapan yang berbelit, indirect ttp tepat, memaksa si penanya berfikir untuk memahami jawapan.Dan Asma’ Bt Abu Bakar y sanggup memikul tugas menghantar bekalan makanan ke Gua Thur, tempat perlindungan Rasulullah y ditemani oleh Saidina Abu Bakar AsSiddiq,ayahandanya.Siapa sangka budak berumur 7 atau 8 tahun i2 sdh mengerti erti jihad & pengorbanan demi agama tercinta.Meredah padang pasir bersama seekor kambing y dwifungsi..Asma’ bertujuan untuk memberikan susu kpd Rasul dan ayahanda sebaik sampai di gua tersebut dalam masa y sama memadamkan jejakny,dgn bantuan makhluk Allah yg bergelar kambing itu.Atas dasar usaha dan bijaksana.Malah ditempeleng sehingga berdarah bibirnya oleh Abu Jahal,Setelah diamnya Asma’ atas persoalan tempat Rasul dan ayahandanya berlindung.Lahirnya tokoh-tokoh Islam yang hebat di bawah asuhan Rasulullah seperti Abu Bakar AsSiddiq, Umar Al-Khattab,Khalid al-Walid,Suraqah B. Malik ,Bilal B. Rabbah,Ali,Aisyah,Hamzah,Muaz B. Jabbal dan ramai lagi adalah kerana mereka generasi Rabbbani acuan Quran dan Sunnah.Maka, telah jelas bahawa kita juga sepatutnya merujuk pada sumber yg tiada keraguan ini.Oleh itu, persiapkanlah diri dgn bekalan y secukupnya.Peliharalah taqwa, lihatlah apa yang di makan,bagaimana pergaulan kita,bagaimana persahabatan y kt jalin,kendalikanlah nafsu dan bkn sbaliknya.Jagailah solat,teruskan mohon pertolongan Allah tanpa putus2,usaha + tawakal x doa,jejakilh Sirah,jinakkan dr dgn bangun di tgh mlm serta perbanyakkan amal soleh…begitulah menurut beliau,antara usaha yg blh diamalkan untuk mencapai taraf generasi Rabbani yg blh membina tamadun khayra ummah.
Slot abg Zul & abg Kam memberi justifikasi mengenai peranan mahasiswa dan keperdulian sosial.Sudah tentu, mahasiswa seharusnya mengutamakan core-bussiness masing2 y awlawiyyat tanpa mengabaikan tanggungjawab lain yang memerlukan hayunan tangan belia.Ciri-ciri terbudayanya ilmu boleh dilihat pada susun atur kediaman seseorang yg dipenuhi buku.Lebih molek lagi, buku2 yg bermanfaat dan dijaga sebaiknya tanpa sepah-sepahan.Sikap minat mengunjungi kedai buku dan rajin menelaah buku, berkata-kata isu yang bermanfaat dn y perlukan perhatian atas kepentingannya terhadap agama dan ummah.Akidah yang benar serta keinginan dan perlaksanaan dakwah wajib ada pd mahasiswa/wi Islam kerana itulah kewajiban yg Muslim.Ikhlaskan niat kerana Allah dalam apa-apa pun.Semuanya kerana Allah walaupun sekadar untuk meneguk air.Masa inilah kita berebut-rebut untuk menjala segala pengetahuan yg berguna dlm hidup dunia akhirat. This is the right time when we should utilize the gifted opportunity. Dalam segala hal, agama Allah lh yg utama, ingatlah kematian kerana kegerunan itu bisa menghalang kelekaan,dgn izin-Nya.Pembudayaan ilmu ini amat penting bahkan melaluinya kt boleh memprofesionalkan ulama dan mengulamakan yg professional.Adapun antara ciri berjiwa besar itu adalah mempunyai idealisme atau prinsip perjuangan, intelektualisme dan spiritualisme.Berjiwa besar ini boleh memangkinkan kepada terhasilnya mahasiswa yang menjadi akar yang menanggung ummah.Umpama akar banir bakau yang tahan masinnya air, mahaasiswa/wi mampu mendukung ummah bersama2 ketahanan terhadap ancaman dan cabaran.Umpama akar bakau yang masih mampu bernafas dlm selut Lumpur yg menyesakkan…Ilmu bkn sekadar di peroleh dari kitab dan buku sahaja,bergaullah dgn org y lbh dahulu menghirup udara daripada kt.Bertanya pada Ulama atau urg y ahli dalam bidangnya, mudah-mudahan tidak disesatkan oleh bisikan2 iblis.Aturlah strategi sebagaimana y dilakukan oleh Rasulullah.Baginda berserah pada Allah setelah berusaha berlumus-tungkus seperti mengatur strategi,memastikan tentera berlatih,menyiapkan baju besi dan alatan untuk pertahanan dan sebagainya.Nah, ternyata tidak menyalahi akidah sekiranya kita mengatur rancangan.Dalam hal ini, kita perlukan ‘smart’.Formula y disebutkn abg Kam ialah,S- strategi, M-mind setting, A-attitude, R-risk taken,T-time management.
Slot terakhir,abg Shahrul mengisi kotak minda dgn maudhu’ mahasiswa & dakwah:memahami konsep fikhul ikhtilaf(berbeza-beza pandangan thdp feqah).Asas dakwah ialah amar maaruf nahi mungkar tanpa mengira waktu, kaedah dan golongan sasaran .Bukan nya aktiviti ms sengggang, tuan2 & puan2.5 prinsip asas dakwah ialah hikmah(bijaksana),qudwah(teladan/perumpamaan y baik),mujadalah(berdebat dgn adab), mudholalah(x menjatuhkan hukum) dan hidayah(Allah Maha Pemberi Petunjuk).10 ciri dakwah pula ialah pertama, rabbaniyyah.dalam dakwah sumber Ilham hanya bersandarkan Quran dan sunnah.2nd, wasatiyyah:pendekatan hendaklah sederhana,bukannya terlalu agressif / terlalu pasif atau taklid buta.3rd, ijabiyyah: bersangka baik(husnus dzhan)think +ve.4th , waqiyyah:dakwah sesuai dengan keadaan setempat.Cthny: kwsn org asli.apakah metode yg sesuai? 5th , akhlaqiyah:hiasi diri dgn peribadi dan tingkah laku mulia.6th , dakwah bukan pada org tertentu shj sebaliknya menyeluruh dan kepada seantero dunia.7th,dakwah adalah secara global.8th,syurriyyah: pengamalan syura.9th ,jihadiyyah:tanamkn dlm minda bahawa sebenarnya da’wah itu jihad.10th,salafiyyah: sember dakwah yang hendak disampaikan adalah tulen dan suci…Adab berbeza pendapat ialah
· Baik sangka,bmaaf-maafn
· Kata2 y tdk menyakiti org lain
· Bhs y mudh difahami & lunak didgri
· Sumber sesuai dgn ms dan tahap pemikiran pendengar
· Tdk timbulkn rs x senang hati hingga timbulnya dendam
· Ijtihad,tawakal
Segala yang baik hanyalah dari Allah sedangkan manusia takkan mampu mewujudkn sesuatu yang tidak dikurniakan Allah dan takkan mampu menghalang apa yang Allah Kehendaki untuk dikurniakn…Wallahualam…Terima kasih atas tatapan anda….
Celebrating Prophet Muhammad, Our Prophet
5 weeks ago
1 comments:
salam..panjangkan ukhwah ke blog insideunisel.blogspot.com
Post a Comment