BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 9, 2009

BUKAN PROTES!

Salaam…aku dan sahabatku Raufa telah sampai di kursus latihan dan praktikal dakwah di as-Syakirin 6-8 Mac 09,KLCC. Petang Sabtu merupakan arena praktikal dakwah…aku tidak selesa unuk melibatkan diri dgn demonstrasi sebenarnya.Aku bukan pro demonstrasi tapi jgn slh anggap.Aku bukan membenci demo dan org y berdemonstrasi.Cuma aku TIDAK SUKA AKU YANG BERDEMONTRASI. Aku tidak dipengaruhi oleh siapa2 pun. Ini memang pendirian ku yg aku lahirkan sendiri. Bukan Raufa atau siapa. Cuma, kami ditakdirkan punyai citarasa yang sama dlm hal ini…

Bagiku,siapa yang tegar dan suka untuk berdemonstrasi, silakan….tapi tak perlulah semua insan perlu di ajak berdemonstrasi.Kita ada pelbagai ragam orang dengan pdpt masing2 yang unik dan berbeza. Jadi, biarlah siapa yang mampu berdemonstrasi pergi dan yang tidak suka, lakukan lah cara lain dan usahla berdiam sendiri. Pelbagai usaha dan cara ada untuk dijadikan wadah pendapat. Andainya tak dapat ke peringkat tertinggi sekalipun untuk menunjukkan pendirian kita lakukanlah walau tak terkemuka di pandangan dunia. Contohnya, sbg mahasiswa, kita ada perancangan & tindakan untuk jangka masa pjg dan pendek.Demo umpama tindakan ms pendek tp, bleh juga beri kesan dlm jgka ms pjg. Dan orang yg punyai kesumat hati untuk membantah PPSMI tidak sepatutnya berkokok nyaring sahaja.Ada juga y merancang untuk meningktkan diri dalam lapangan ilmu dan berazam utk menjawat jawatan dlm arena pemerintahan kelak.Maka, aku dan org2 yang suka atau tidak untuk berdemonstrasi harus mempersiapkan diri utk itu. Tak ada gunanya berdemo tanpa menjalankan agenda, kerja dan mengilatkan potensi diri. Suatu hari nanti biar kita yang menjadi penentu dasar!Amin!Ingat, kita memang perlu orang yang suka berdemontrasi dan yang tidak.bayangkan jika semua rakyat keluar berdemonstrasi!Stigma terhadap orang yang tidak meminati demonstrasi adalah tidak bekeperluan sama sekali.

KENAPA AKU KURANG MEMINATI DEMONSTRASI? Aku sebenarnya tidak menyukai suasana yang begitu. Walaupun ke arah kebaikan, aku merasakan seolah-olah cara ini tetap menimbulkan persekitaran yang chaotic.Boleh menjurus kepada menjejas keselamatan pendemonstrasi, memberi masalah pada org lain seperti pengguna jalan raya…Dan boleh mcetuskan suasana yang mengganggu kedamaian orang lain y ada di kwasn itu…Kalau demonstrasi ni boleh menganggu kedamaian pihak penentu dasar hingga mampu merubah perlaksanaan mereka, tahniah aku ucapkan!
Apa2 pun , kita sepatutnya jgn terlalu menghakimi pendapat org lain. Aku tidak bercadang untuk memansuhkan demo ttp apa2 perkara pasti ada pro & kontra…Teruslah berjihad walau di mane2 pun antum berada dgn apa cara sekalipun,yang hikmah…siapalah aku…ini.Cuma nak melukis lakaran hati…nak update blog …

0 comments: