Aku melontar pandangan kearah dunia di luar jasadku. Aku sering bertanya erti kehadiran ku di sini. Kadang-kadang bagiku hidup bukan suatu kenyataan. Ini taman permainan yang penuh dengan permainan yang sepatutnya kita tak ambil kira dengan serius. Maksud aku, hidup ini tiada apa yang perlu dirisaukan. Yang wajib dirisaukan itu tetap ada, iaitu bagaimana kita bawa diri dan risalah Yang Esa. Bagiku, kelangsungan hidup tak begitu usah dibimbangi.Kenapa? Kerana aku sudah memiliki sesuatu yang bermakna yang membuatkan hidup ini hidup tanpa terus menerus dalam permainan. Aku sudah lama menemui cahaya ini rupanya. Alangkah bersyukurnya aku kerana sejak lahir nya menemui cahaya ini. Mengapalah di usia begini baru ku fahami…?Andai kata hati ini tak dipenuhi dengan makna yang sebenar, pasti akan merasa ketisakcukupan untuk menghadapi hidup yang penuh permainan ini.Segala rintangan, kesusahan, mala-petaka…bencana, kesakitan, kesedihan,derita…adalah antara permainan berhalang yang sememangnya telah disediakan oleh Yang maha Pencipta untuk santapan kita manusia, hambaNya…Aku sepatutnya sedih apabila kebenaran dicemari.Aku sepatutnya berduka dan bimbang kalau2 aku tak berupaya melepasi permainan dunia ini untuk sampai ke dalam kehidupan yang nyata. Malah aku tak seharusnya memikirkan kebolehjayaan ku untuk hadir dalam kehidupan yang nyata sendirian…hati ini memanggil mereka yang sepatutnya tahu adanya cahaya yang mnuntun kita kearah hidup yang seba sempurna, damai dan tiada kebimbangan itu…ada yang tidak tahu dan belum faham…bagaimana aku hendak meyakinkan kan mereka dan membuat mereka mengerti?Sebagai manusia, aku sayangkan manusia…sayangnya aku sendiri masih berkelana dan terbatas untuk menjadikan kasih sayang itu membantu aku membantu yang lain..dan aku tak tahu…di manakah aku selepas bermain di sini…..
Celebrating Prophet Muhammad, Our Prophet
1 month ago
0 comments:
Post a Comment