BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 19, 2009

Liberalism & Pluralism

Bahaya bencana alam atau bencana y menimpa kt tidak sebahaya longlainya akidah Islamiah…andaikata ditimpa maut dalam akidah yang keliru amat memilukan hati…lebih2 lg pd mereka y menjawat status islam tp salah fahaman akidah…sayu menyesakkan dada pabila org y menyokong,mempraktikkan dan menyeru akidah Islamiah songsang adalah mereka yang pakar, punya ilmu dan memegang status ilmuwan…hari ini aku ingin berkongsi sedikit mengenai perkara yang aku sangat takuti akan mempengaruhi jiwa anak2 yang polos….

Percayakah anda anda boleh sampai ke Kuala Lumpur dgn jalan y berlainan? Bagaimana rasanya?pasti dalam pejalanan itu mengalami pengalaman y berbeza.tp sampai di KL mungkin dengan pelbagai tujuan.Mungkin tujuan y sama atau berbeza bg setiap individu.kan?

Adakah anda rasa perkara ini boleh diaplikasikan dalam beragama?anda stuju, kalau saya suruh anda percaya dengan pernyataan ini? “semua agama adalah sama, sama benarnya dan semua membawa kepada Tuhan hanya jalannya sahaja yang berlainan”.Cuba anda fikir dahulu sebelum anda bersetuju dengan pernyataan ini!Kalau Hindu percaya lebih dari satu Tuhan kemudian Islam percaya dengan Tuhan yang Esa bagaimana pula agama boleh jadi sama?sedangkan sifat tuhan dan nama tuhan serta cara menghadap tuhan adalah berbeza antara semua agama bagaimana hendak bertemu dgn Tuhan yang sama?
Kalau saya kata keldai itu keldai dan si A kata keldai bukan keldai kemudian adakah anda akan setuju bahawa hakikatnya keldai itu keldai dan bukan keldai pada ms y sama?Sahabatku sekalian…bahayanya kita mengatakan suma jalan itu mbawa ke syurga adalah kerana yang benar is incompatible with yang tak benar.Apa, anda stuju ke kalau saya kata awah hodoh dan hensem dalam satu masa?awak cantik dan juga hodoh.logik ke?kalau semua benar, mengapa orang Yahudi sendiri sebok2 nak mengyahudikan org lain?kalo suma agama sama kenape sebok2 nak hancurkan Islam?kan elok biarkan sume agama membiak kalo anda percaya Pluralisme ini!persoalan, kenape perkembangan Islam itu dihalang oleh org yang buat pluralisme n leberalisme ni kalau dah rasa smua agama benar?maknanya exclusiveness dan keistimewaan Islam tu menggugah pembikin dakyah yang menolak Islam ke?kalau sume agama benar TAK PAYAHLA PERANGI ISLAM!Maknanya Islam tu significant kan…sebab tu org y DENGKI DGN KEINDAHAN slam berusaha runtuhkan Islam.APA PASAL TAK RUNTUHKAN AGAMA LAIN?CONFUCIUS KE?HINDU KE?sebenarnya antara lampu 2 y menunjukkan jalan itu berberza apabila ada lampu terang, malap, dan berbeza kan, lampu mana yang akan membawa kita kpd jalan yang ingin kita tujui? Tentu y terang kan?Itu maksud Jalaluddin Al –Rummy.

Liberalisma iaitu kebebasan berfikir dan bertindak individu tanpa had adalah satu fahaman yang muncul di Eropah asalnya, dan bukan dari dunia Islam. Pengasas Liberalisme dan Pluralisme : Hans Kung, pemikir agamawan Catholic Switzerland. President, Foundation for a Global Ethic; Immanuel Kant, ahli falsafah Jerman kurun ke 18. Pengaruhnya meluas di kalangan pemikir moden Eropah yang dikenali sebagai pencetus Enlightenment (pencerahan); John Locke, ahli falsafah British. Penulisannya bertajuk 'Voltaire' & 'Rousseau', berpengaruh di Amerika, yang diterjemahkan dalam 'the American Declaration of Independence'.
Terdapat tiga jenis fikiran-fikiran asas yang diperjuang oleh pemikir-pemikir ini;Pertama, Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya; Kedua, alam ini wujud secara mekanistik, iaitu hukum alam bukan hukum Tuhan; Ketiga, akal manusia mampu memahami semua masalah manusia, fenomena alam dan lain-lain. Di sini, otoriti agama ditolak.
Berkaitan dengan agama secara khusus, pemikir Barat W.C Smith memperkenalkan slogan "Universal Theologi of Religion". Idea ini menarik pemikir-pemikir Eropah yang lain dalam kerangka dan semangat menolak otoriti agama. Muncul John Hick dan Hans Kung tokoh pemikir Barat sekular dan terus memperpularkan gagasan ini. Gagasan ini memperjuangkan bahawa semua agama boleh diterima dan benar, sebab tujuannya adalah satu, hanya jalannya sahaja berlainan.Maka popularlah pluralisme'. Tuhan cipta banyak agama menurut mereka untuk kepentingan berbagai bangsa di pelbagai masa dan wilayah. Semua ajaran betul belaka dan semua orang boleh sampai pada Tuhan dengan mengikut jalan mana pun. Oleh itu semua agama di dunia ini menyeru pada Tuhan dan benar belaka. Siapa pun tidak boleh dakwa agama mereka sahaja yang benar dan betul!. Apabila berlaku interaksi Islam-Barat melalui penjajahan dan pembaratan, gagasan liberalisma ini turut sama masuk dan ia subur berkembang dibawah payung sekularisma. Keadaan ini berjalan hingga kini di serata dunia Islam.IDEA-IDEA UTAMA LIBERALISMA-PLURALISMA (LP)Di sini diperturunkan sebahagian idea-idea LP ini.Mengkritik teks Al-Quran.Antara tokoh utama di sini ialah Nasr Hamid Abu Zaid (Mesir). Beliau bertugas di Universiti Leiden, Belanda. Beliau dihukum murtad oleh Universiti al-Azhar. Beliau kritik Al-Quran dalam bukunya "Mafhum Al-Nas -Dirasat fi'ulum Al-Quran" (kefahaman mengenai Teks - Satu kajian mengenai Al-Quran).Nasr Hamid ini setuju dengan Frederich Schlie Marcher (1768-1834) yang pernah memberi teori bahawa Al-Quran yang diturunkan melalui Malaikat Jibril a.s. kepada seorang Muhammad yang (sifatnya) manusiawi. Muhammad sebagai penerima pertama adalah penyampaian Teks hal ehwal manusia. Al Qur'an itu bukan Teks Ilahi dalam bentuk asli, tapi telah disaring menurut pemikiran Muhammad. Jadi Al-Quran itu bukan asli seperti yang selamanya kita faham. Apa yang kita pelajari adalah Malaikat membaca ayat-ayat wahyu dan Rasulullah SAW menurutnya dan kemudian dihafal serta dikumpul oleh para sahabat.Bagi para pemikir LP ini, metod di atas adalah method lama dan salah.Umpamanya professor pemikiran Islam di Universiti Sorbone, Perancis iaitu Prof. Muhammed Arkoun membawa pendekatan "Makna Teks". Professor Mohammed Arkoun berasal dari Algeria. Menjadi tenaga pengajar di New Sorbonne University of Paris.Pernah berkhidmat sebagai Fellow di Wissenschaftskolleg, Berlin (1986-1990); Tenaga pengajar di the Institute for Advanced Studies in Princeton, New Jersey, U.S.A (1992-1993); Visiting professor di University of California, Los Angeles (1969), Princeton University (1985), Temple University, the University of Louvain-la-Neuve, Wallonia, Belgium, (1977-1979), the Pontifical Institute of Arabic Studies di Rome dan the University of Amsterdam (1991-1993). Sekarang beliau Professor Emeritus, La Sorbonne sebagai Senior Research Fellow dan member of the Board of Governors of The Institute of Ismaili Studies (IIS). Beliau juga dikenali antara pelopor Islam Liberal. Perkara ini ada ditulis oleh beliau dalam beberapa buah bukunya seperti "The Unthought in Comtemporary Thought" (2002) dan "Min al-Ijtihad ila Naqd al-Aql al-Islami" (1992). Menurutnya kajian kritis terhadap Al-Quran adalah bentuk ijtihad, (sama seperti pemikir Barat bersifat kritis terhadap Bible).Arkoun berpendapat wahyu perlu dilihat dalam kontek umum. Ia juga termasuk kitab-kitab agama lain seperti kitab agama Hindu, Buddha, Injil Perjanjian Lama dan Baru.Ini bermakna kebenaran agama dimiliki semua.Teori mereka ini memberi maksud (i) Muhammad itu pengarang Al-Quran (ii) Syariat juga dicipta oleh Muhammad (iii) Al-Quran tidak suci lagi (iv) semua kitab-kitab tafsir di dunia Islam tidak boleh dipakai lagi (v) Al-Quran perlu ditafsir semula. (seperti laungan terhadap Bible)IDEA THEOLOGI PLURALISIdea ini, seperti yang telah disebutkan di atas, menganggap semua agama adalah sama, sama benarnya dan semua membawa kepada Tuhan hanya jalannya sahaja yang berlainan.Nama Tuhan boleh berbeza menurut bahasa-bahasa bangsa manusia. Kitab suci punboleh berlainan bahasa. Islam mempunyai syariat dan Tariqat. Syariat adalah hukum-hukum lahiriyah, sedangkan tariqat adalah perjalanan hamba menuju Tuhannya dengan cara menyucikan batin dan bersih dari sifat-sifat tercela.Ini ada dalam semua agama. Persamaan ini akan membentuk hidup yang harmoni, asalkan jangan ego mengatakan akidah atau agamanya sahaja benar, yang lain batil. John Hick pendukung kuat liberalisme mengatakan semua orang boleh masuk syurga tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama. Tuhan boleh dikenali dengan apa sahaja identiti oleh semua penganut agama.Brahma dan Allah kata mereka adalah Tuhan yang sama, Cuma dilihat dan diucap dengan cara berlainan antara Hindu dan Islam. Tertera dalam Al-Quran. Apakah sifat Brahma, Tuhan dalam Shinto dan lain-lain itu sama dengan sifat-sifat Allah SWT dalam Al-Quran? Apa yang kita faham Allah SWT mempunyai sifat-sifat yang tersendiri seperti Penolakan Syariat Islam. Abdullah al-Naim, seorang penulis berasal dari Sudan telah menulis buku "Toward an Islamic Reformation" (1989).Abdullah mahu merombak cara berfikir umat Islam terhadap syariat. Syariat hanyalah ciptaan manusia. Ia tidak suci. Perlaksanaan hukum Islam hanya memberi impak counter-productive. Hukum-hukum Islam melanggar Hak Asasi Manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Abdullah terpengaruh kuat dengan orientalis Barat yang bencikan Islam iaitu antaranya Goldziher, Schacht dan Coulsan yang lama menyebut bahawa syariat Islam adalah ciptaan fuqaha selama 300 tahun. Abdullah juga turut bersetuju dan menyebut hal berkenaan.Kumpulan Islam liberal menggunakan idea ini untuk menolak hukum Islam. Oleh itu Negara Islam pun tidak ada. Mereka sebenarnya gagal membezakan antara Syariat dan Fiqh, Qat'iyyat dan Ijtihadiyat, Thabat dan Mutangaiyirat dan sebagai dalam sistem Ilmu-ilmu Islam. Konsep Ijtihad dalam Islam membuka ruang untuk umat Islam menyusun keputusan baru menurut masalah-masalah semasa.Golongan Liberal ini tidak berminat berpegang kepada hadis nabi. Mereka mempertikaikan kesahihan hadis dan menolak otoritinya.Di Malaysia kumpulan ini telah menolak hadis. Hadis menurut mereka hanyalah rakaman sejarah masa lalu. Ia boleh dibaca jika perlu. Sedangkan dalam Islam, Allah SWT telah memerintahkan hambanya taat kepada Tuhan melalui patuh kepada Al-Quran, turut dan patuh kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan juga Rasul. Ijmak para ulamak juga telah diinstitusikan.Kumpulan liberal ini menolak ijmak. Malah menurut mereka ijmak-ijmak itu adalah ijmak Pak Arab! Kebebasan berijtihad dan penolakan Otoriti Agama. Gologan Liberal ini menolak otoriti agama. Mereka menekankan kebebasan memberi dan menentukan fikiran. Apa pun permasalahan agama, semua orang berhak memberi pendapat. Semua orang boleh berijtihad. Otoriti agama hanya diada-adakan. Oleh itu ulamak pun tidak perlu. Mereka merujuk kepada analisa-analisa orientalis-kristian, sebab mereka lebih pandai dan lebih kritis. Sedangkan dalam apa ilmu pun ada pakarnya. Dalam agama ada ulamak dan cendiakawan-cendiakawan Islam. Mereka bukan monopoli hal-hal Islam, tetapi ahli atau pakar.LIBERALISMA-PLURALISMA DI ALAM MELAYU IndonesiaDi Indonesia, gerakan Islam liberal ini sudah meluas. Ia diperjuang oleh para sarjana yang mendapat pendidikan Islam dan Institusi Pengajian Islam iaitu Institusi Agama Islam Negeri(IAIN), Universitas Islam Negeri (UIN), Sekolah Tinggi Agama Islam Negeri (STAIN), dan Sekolah Tinggi Agama Islam Swasta (STAIS). Mereka ini kebanyakan mendapat pendidikan tinggi agama Islam dalam Negara, Mesir, Ameriak dan Canada.Bermula dengan Prof. Dr Harun Nasution, diikuti pula oleh Prof. Dr. Nurcholis Madjid yang pernah melancarkan gagasan sekularisasi untuk kemajuan umat, maka sekarang ini, sarjana-sarjana yang lebih junior memperjuangkan gagasan Islam liberal ini. Dari Liberalisme dan Pluralisme akhirnya mempelopori Islam Liberal. Terdapat ramai cendiakawan yang berlatarbelakang agama, mendukung Liberal-Plural ini.Antaranya: Budhy Munawar Rachman, Alwi Shibab, Luthfi Assyaukanie (editor Jaringan Islam Liberal), Taufik Adnan Amal, Ahmad Baso, Khoirul Muqtafa, Munawar Rahman, Mahrus el-Mawa, Hamami Zada, Ala'i Nadjid(P), Umi Khusnul Khotimah(P), Sri Mulyati (P), Siti Musda Mulia (P), Marzuki Wahid, Abd A'la, Abd Rahman Wahid, Azyumadi Azra, Jalaluddin Rahmat, Nasamuddin Umar dan Ade Armanda.Alwi Shibab (bekas Menteri Agama) menyatakan bahawa pluralisma agama sangat penting. Ia boleh pupuk hidup rukun damai. Alwi mengatakan syariat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW itu tidak menghapus syariat-syariat sebelumnya. Dakwanya Al-Quran itu mendukung pluralisma. Islam tidak hanya diperuntukkan kepada muslim sahaja, tetapi bagi segenap mereka yang percaya pada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia.Ini disebabkan oleh makna istilah ISLAM itu ialah berserah diri dan ini berlaku dalam semua agama. Jadi siapa sahaja yang menyerah diri pada Tuhan, bagaimana pun caranya, ia adalah Islam. Bukanlah orang Islam sahaja. Di Barat hal ini sudah lama terjadi. Idea ini pernah dikembangkan oleh Frithjof Schuon dan Syed Hosein Nasr. Mereka merujuk idea kesatuan seperti ini ditahap tinggi (The Transcendent Unity Of Religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah.


. Perkara-perkara pelik diamal di Indonesia.Prof Dr Nurcholis Majid, Prof di IAIN Jakarta, pengasas Yayasan Paramadina Jakarta, telah kahwinkan anaknya (perempuan), Nadia dengan lelaki Yahudi di Amerika pada 30 September 2001, tidak dengan Islam, tetapi akad universal iaitu anak manusia dan anak manusia.Dr. Kautsar Azhari Noer, pensyarah IAIN Jakarta (kini UIN) menikahkan Ahmad Nurcholish (muslim) iaitu anggota pengurus YISC (Youth Islamic Study Club) Masjid al-Azhar, kebayoran Baru Jakarta dengan wanita kunghuchu Ang Mei Yong pada Ahad 8 Jun 2003.Dr Zainun Kamal pensyarah UIN Jakarta telah menikahkan wanita muslimah Suri Anggteni Alias Fithri dengan lelaki Kristian Alfin Siagan di Hotel Kristal Pondok Indah Jakarta Selatan. Pengantin diberkati pendeta Kristian. Ijab qabul cara Islam. Dr. Zainun sendiri membimbing mereka.Munawir Sjadzali, bekas menteri agama (1983-1993) memperjuang penyamaan bahagian waris harta antara lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita perlu sama banyak. Sedangkan Al-Quran jelas memperuntukan 1/3 untuk perempuan dan 2/3untuk lelaki justeru tanggungjawab lelaki adalah diri sendiri dan tanggungannya.Al-Quran menyebut (al-Nisa:11)"Allah mensyariatkan bagimu tentang pembahagian pusaka anak-anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak peremuan". (Al-Nisa:11).Munawir mahu mengubahnya. Dr. Siti Masdah Mulia, pensyarah UIA Jakarta menyuarakan agar poligami diharamkan sebaliknya menghalalkan nikah berbeza agama.

Last but not least, kenapa nak ikut ajaran agama yang dibuat oleh orang yang tak dipercayai akhlak dan tiada pembezaan nya pada manusia biasa. Sape John Hick tu y korang nak ekot sangat?dia ada mukjizat, kewibawaan dan sejarah agung yang diukirkan dalam sejarah dunia ke?Cuba baca dan bandingkan biografi Rasullullah, nabi Muhammad dengan manusia-manusia yang mengaku itu dan ini tuh.Sebelum percaya bulat2 ttg apa2 pun korang kene selidik kan?amalan ini layak diamalkan dlm mane2 keadaan kan?Andai kata hendak menentang Islam anda hanya menentang kebahagiaan dan kesejahteraan anda sendiri!Kalo Yahudi, Buddha , Hindu, Taoisme, Confuciusme dan bermacam agama lagi boleh bawak jumpa tuhan yang sama dgn Islam, kenape masing2 membahas antara satu sama lain?selalunya persamaan tak mewujudkan perbahasan!

0 comments: