BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 15, 2009

Bina semula laman impian...

Aku meminta diri seraya meninggalkan laman usang yang pernah mendidik hati ku.Tiada pernah ku menyangka laman yang dulunya indah menggamit hati telah diwarnai rona lain….Mengapa perlu aku bersedih atas laman tarbiyah itu sedangkan tarbiyah itu sendiri belum sirna.Aku pasti.Dan ia takkan pernah pupus.Dulunya bangunan di kanan sungai itu tempat memecah persoalan2 Ad-Din.Kini menjadi markas merayu nafsu.Dulunya balai luas tempat bertatih menyeru yang maaruf menjemput pula yang mungkar dengan adegan yang melampau…Gerbang masuk ke taman rekreasi dihiasi dgn wajah anggun yang menyentap berahi.Gerbang di pintu utama menghadiahkan tangisan untukku.

Pemergian mereka yang menyambung perjuangan mempertahankan laman usang sungguh mengecewakan.Kebanyakkan yang pergi itu kerana jemputan y mustahil ditangguhkan.Namun ke mana pergi mereka yang undur dari janji y dipateri dulu…tidaklh mungkin sendirian ku mampu mengembalikan laman permata untuk seisinya…Aku juga tidak berhak menyalahkan mereka yang menarik diri dari perjuangan…Setiap yang berlaku pasti tersirat hikmah yang tidak pernah kita, sebagai manusia biasa…ketahui.Waimapun kita sedar adanya hikmah pasti kt masih tdk mengetahui!

Aku bukanlah penggerak utama laman ini tapi aku hanyalah umpama si kunang-kunang.Walaupun lampu jalanan telah tercipta, aku, sbg kunang2 berusaha bercahaya untuk seisi alam…Aku tidak tahu, apa mungkin bisa kutemui laman usang itu berdiri dalam saf yang pernah ku temui dulu…Apakah ada tangan2 yang akan membina semula ketamadunan laman usang itu.Laman usang itulah yang tak pernah usang intinya…namun keusangan itu sebenarnya adalah keusangan jiwa.Jiwa insan2…Dan aku sendiri tidak bisa mengaku bahawa aku terkecuali,,,Aku tidak berani mengesahkan bahawa kesedaran ini,kekuatan ini, iman ini akan terus mumtaz hinggga akhir saat…

Lantas aku merangka laluan yang bakal ku harung.Semestinya bukan diriku yang menentukan perjalanan umur dan rencah kehidupan y telah, sedang dan bakal ku rempuh.

Dengan jutaan harapan…aku memohon pada Yang Kuasa untuk mengilhamkan ku jln2 baik untuk menyeru seisi laman usang ke jln yang lurus Aku berdoa agar kepercayaan ku tak terkehel walau sekelumitpun.Berbanyak-banyaknya aku aku bergantung pada-Mu

0 comments: