Mungkin agak terlewat untuk ku merakamkan segala rasa yang datang dari diriku tentang KBS 4.Ku kira semua sahabat-sahabat telah melunaskan kehangatan kbs 4 pada masa2 yang masih menjaga kehangatan itu.hehehe…aku agak terkebelakang.namun ingin jua melampirkan sekeping hati utk kbs 4 y tlah lalu…boleh dikatakan nasik yang aku hidangkan ni dah basi…heheh
Kali pertama menjadi setiausaha program yang sebegini.kalo di sek men Cuma jadi setiausaha persatuan kat sekolah.amat berbeza bagiku jika nak dibandingkan dengan SU peringkat perkepis dan peringkat usia ini lah.tambahan pula aku kurang menggemari bab2 sebegini lantaran aku seorang y kurang teliti.(x suka benda rutit) NAMUN pengalaman ini banyak mengajar, mentarbiyyah dan memberi ruang bagi perkara2 kesetiausahaan untuk aku terima, dan akui kepentingannya.
Terima kasih tak terhingga kepada insan yang membimbingku secara langsung dan tak langsung sebelum, sepanjang dan selepas program ini…terutamanya Siti Raufa Sufrina, Kak Mariati, Abg Azrul,Abg Khairul Anwar, Abg Muntaqim, Abg Afif, Abg Bob, Kak Baya,adik Hisyam,adik Atikah, semua adik2 yang memadu tenaga sebagai penggerak KBS 4…adik Azizan, adik Amad senior…..walopun mereka muda sedikit daripadaku, mereka sebenarnya punyai potensi sebagai pemimpin, belia berwawasan, punyai ilmu… ada mandiri…yang pada pengamatanku memang ada kelebihannya berbanding aku…ya, aku akan terus belajar dan takkan malu untuk belajar walopun sampainya aku di usia tua nanti, insyaAllah…amin…doa2 harap begitulah…
Dan terima kasih kepada skuad memasak(muslimin)….heheh…satu perintisan yang menakjubkan
Kepada peserta-peserta KBS 4, akak sangat sayang kamu semua….semoga kamu mempelajari sesuatu yang bisa memberi kefahaman kepadamu erti sebuah kehidupan……maaf kan diriku ini atas segala kekurangan….mudah-mudahan kita masih terus mengingati saudara2 saudari2 kita dalam doa, dalam keikhlasan, dalam kemaafan…..andai ingin menghubungi sesama kita, sekadar ukhuwah, tanda ingatan, atas manfaat, teruskanlah dgn niat yang benar….Allahualam…..maafkan aku y byk bicara, bisa mengundang padah.
Celebrating Prophet Muhammad, Our Prophet
5 weeks ago
2 comments:
xpe...blm basi..heheh
ngahaahaa....ann sowang jela nak makan nasik basik saya ni =P
Post a Comment