BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 14, 2009

Tergemparnya sebuah Company!

Seorang pemilik syarikat telah memanggil pengurus besarnya untuk bermesyuarat. Mesyuarat ini amat diperlukan, urgent! Sahlah ini ,mesyuarat gempar!



Sheril Aida: (Dalam hati) Eh, lagi sepuluh minit nak mula.Nape En. Iman sorang baru sampai…huhu


En Iman: Assalamualaikum Cik Aida.saya difahamkan kita akan membincangkan isu2 kritikal untuk syarikat kita…apa khabar Cik ari ni?


Sheril Aida: Waalaikumsalam…terimakasih En Iman atas kehadiran…paling awal pulak tu…entahlah En Iman…susah pulak saya nak gambarkan keadaan saya dan syarikat kita…mana En Aqal dan En Nafsu?


En Iman: Sama2…Erm…saya tak pasti pulak.tapi, yang saya tahu, En Aqal on the way tadi….


Sheril Aida: Owh…I see…


Tiba2 terdengar salam bergema di balik pintu.Aku dan En Iman segera menjawab salam yang kedengaran ceria sekali itu


En Aqal:Wah…tahniah En Iman…saya terlambat ke?Cik Aida apa khabar?


En Iman: Eh, tahniah apa ni En Aqal?


Sheril Aida: Kamu semua lebih ,mengerti keadaan saya dan syarikat kita….taklah…lagi 5 minit nak mula En Aqal…terimakasih ya, tak membuatkan saya bengang…


En Aqal: Sama2…Hehe…En Iman ni….sebab kamu paling awal je….


SherilAida: Haha…ada2 saja En Aqal ni.Kamu?kenapa tak sekali datang dgn En Iman?


En Aqal: Owh…saya ada beberapa perkara yang nak diuruskan tadi Cik Aida.termasuklah ada perkara tertentu yang penting untuk dibentang selepas ini…hehe


Sheril Aida: Oooo….bagus2.Saya suka pekerja yang proaktif….


En Iman: Mmm…apa kata sementara tunggu En Nafsu, kita pusatkan perhatian kita pada Allah….jgn bengang2 Cik Aida….(tersenyum hingga kelihatan baris gigi putih yang tiada rongak)


Kami pun sama2 bertafakur dan berzikir……


Lima minit telah lepas dari masa mesyuarat sepatutnya bermula…


Sheril Aida:Hmm…dah 5 minit berlalu….macam mana ni ya?


En Aqal: Kalau kita tunggu nanti tergendala operasi syarikat kita Cik.tapi kalau dia terlepas agenda kita, pun rugi…


Sheril Aida: Jadi?


En Iman: Mm…kita kena tunggu juga…mesyuarat yang dianjurkan Rasulullah ialah melibatkan semua pihak yang berkenaan…


En Aqal: Sementara tu, kita revise semula masalah yang kita masing2 hadapi dan bersedia fikirkan resolusi untuk dibentangkan lepas ni…takpun baca2 apa2 yang patut


Sheril Aida & En Iman mengangguk2kan kepala.


Sepuluh minit kemudian…


En Nafsu: Assalamulaikum…


Sheril,Iman dan Aqal: Waalaikumsalamwarahmatullah….


En Nafsu: Err…


Sheril Aida: Ya, En Nafsu…atas sebab apakah kamu lewat begini hmm?


En Nafsu: Saya penat lah semalam Cik Aida…terlajak tidur….


Sheril Aida: Owh…kamu buat apa semalam? Kamu pergi lawan nafsu-nafsi daripada buat kemungkaran ke?


En Nafsu: Eh…kan Cik Aida tak ikut nafsu-nafsi tuut semalam….saya yang rasa takde bende nak lawan semalam….jadi saya pergi enjoy puas2 semalam….saya cuma buatkan Cik Aida tidur awal dari biasa semalam,dan tak bangun Qiyam…


Sheril Aida: Huhu(terkedu)….okeyh..dah start dah mesyuarat kita ni….sapa nak cakap dulu?


En Aqal: Saya rasa, elok Cik Aida terangkan pada kami semua apa yang Cik nampak sepanjang tahun ni, julai hingga november


Sheril Aida: Saya nak cakap pasal cara kerja kita sepanjang tempoh waktu akhir, tahun yang ke 21 kita dah beroperasi. Saya tak nak cakap pasal pencapaian dan keuntungan akhir kita sebab belum sampai waktu untuk pengumuman laporan keuntungan syarikat kita.kita masih in working stage, but final stage lah kan…semua maklum kan…akaun pun belum tutup sekarang


En Nafsu: Jadi, teruskan Cik Aida…saya masih tak faham mengapa perjumpaan ni gempar?


En Aqal: Dengar lah dulu


En Iman: lagi Cik Aida..


Sheril Aida: Saya dapati, tenure ni, saya dan syarikat sangat tidak stabil.Sekejap naik, sekejap turun.Sekejap mendadak, sekejap sikit-sikit…Pada permulaan stage tenure ni, syarikat kita bergerak dengan stabil dan kuat tetapi tak sistematik.En Aqal, take note. Di tengah-tengah stage, kita sangat sistematik dan istiqamah tapi pengurusan masa sangat teruk.En Nafsu, take note.Akhir pula, konflik syarikat menjadi2.Tambah pula dengan ketidakstabilan, pengurusan masa yang teruk, dan komunikasi yang makin menjengkelkan syarikat lain.En Nafsu and En Iman please explain.Bagi saya plan, input dan output kita tiada masalah. Cuma, kelupaan itu juga perlu diperbaiki.En Aqal, awak kena explain kenapa syarikat kita selalu terlepas pandang dalam urusan kita.Tapi saya ingin ucapkan syabas lah kepada kamu semua, terutama En Aqal dan En Iman kerana segera bertindak segera dalam menangani isu konflik akhir tenure tu. En Nafsu, terima kaseh kerana sentiasa dengar kata En Aqal dan Iman walaupun ada waktunya saya tersetuju dgn En Nafsu


En Nafsu: Saya tak puas hati lah saya tak diberi jawatan CEO utk tenure ni. Tu lah saya sengaja kacau bahagian pengurusan masa dan interpolate dalaman syarikat kita.Dan saya train bagaimana nak berkomunikasi dgn simple mula2.Simple maksud saya tu, kurang beralas.Kemudian sy train pekerja guna perkataan basahan dan gurau senda berlebihan. Then terkeluar juga training of hostility…Puas hati Cik Aida? (tersenyum puas)


En Aqal: En Nafsu, awak sepatutnya gembira Cik Aida tak buang awak terus. Dia masih beri awak jawatan dalam syarikat ni.Apa jawatan awak?


En Nafsu: Lust Controller bawah En Aqal dan En Nafsu. So?Adakah itu jawatan? Saya pekerja korang lah!Bukannya orang kanan Cik Aida!


En Aqal menggenggam tangannya dgn kuat seraya di ditepuk bahunya oleh En Iman.Cik Aida kelihatan berkerut dahinya.


En Iman: Jadi, kamu nak jadi orang kanan Cik Aida selepas ni?untuk selamanya?


En Nafsu: Saya memang sentiasa ada dengan Cik Aida sampai dia mati pun. Mengapa saya tak dibenarkan naik pangkat lagi? Bukankah Cik Aida pernah lantik saya dulu?sebelum dekad ke dua kita beroperasi?masa tu, kamu berdua kat mana?hah?saya yang dia rujuk masa tu.


En Aqal: Sekarang, kita tanya Cik Aida. Untuk tenure depan, Cik Aida nak siapa jadi orang kanan Cik Aida?


Sheril Aida: Nanti saya umumkan.saya nak penjelasan dari kamu berdua pulak…


En Iman: Saya akui, saya bertugas apabila ada hal jadi.saya lebeh kepada cure daripada preventing.


En Aqal: Bukan awak buat ke prevention tu sebelum-sebelum ni?


Sheril Aida: Mm, awak nampak gitu ea…sy nampak ada prevention tu. Cuma tak mampan sangat.


En Iman: Ya.tak mampan tu boleh dijelaskan kepada berkurangnya pergi ke majlis ilmu berbanding tenure lepas.pengurusan masa tu, sy dapati, fokus tercapah kepada banyak aktiviti lain.masa majlis ilmu rohani tu, bos kita, Cik Aida terpaksa ikut saranan En Aqal…


En Aqal: Ya saya faham kata awk En Iman….saya telah merencanakan ilmu tambahan lain pada bos kita sampai saya sendiri pun tak dapat kawal masa dari segi punctuality dan sistematic menagement.


Sheril Aida: Kamu kena ingat juga, sy memang tiada kekuatan utk meninggalkan kuliah wajib sy yang berlaku pada waktu rohani sy memerlukan kuliah yang satu tu lagi…tapi ini bukan masalahnya….konflik tu..yang menyerang kita….sy terkejut, saya sangat fragile waktu tu…(wajah gusar kelihatan)kenapa En Iman kurang tegas kpd saya tenure ni?


En Nafsu: Cik Aida tak sedar ke yang cik dah jadi banyak gaul sekarang?(wajah menyeringai)


Satu lagi, jgn lupa, pasal absentmindedness tu, En Aqal..


En Aqal: Saya bleh jelaskan pasal absentmindedness.Cik Aida, sy cadangkan cik Aida tak boleh berenggang dengan catatan.dan, pastikan segala yang perlu dibuat tulis terus. Atau tarikh2 aktiviti terus catat on the spot.jangan tangguh2 cik aida.dan…lagi satu, cik aida kene konsisten kan riadah.saya tengok riadah fizikal tak konsisten.tapi, baiklah cik aida ni tak ada motor atau kereta….kerjasama dengan Syarikat Aikido juga nampaknya memberi motivasi positif pada cik Aida.pasal kelupaan tu lagi, makanan cik Aida…kena sediakan buah-buahan.dan kami semua ni bergantung pada makanan cik aida.paling kurang dlm bab makanan, ialah buah-buahan.


Sheril Aida: (Angguk)Semangat saya selalu mempengaruhi saya…dari siapa eh semangat tu?


En Iman: Err…b4 semanagat tu.Cik Aida, eloklah kurangkan perkataan yang tak penting,perkataan kasar, gurau senda yang berlebihan…saya nampak, Cik Aida dah semakin banyak gurau dgn kawan2 muslimat…jaga2 cik Aida, kemungkinan ada hati yang terasa…dan hilangnya hati yang sentiasa bertakafur, tafakur dan berzikir…dan sy takut muslimin pun akan Cik Aida gurau sendakan dgn mudah…


Sheril Aida: Huhu….lagi…..(memejamkan mata)


En Nafsu: Semangat tu, kadang-kadang dari saya..heheh


En Aqal: Dari saya pun ada..


En Iman: Mohonlah pada Allah Cik Aida…semuanya dari Dia….dan semuanya akan kembali pada Dia….


Sheril Aida: Kalau konflik tu datang lagi?


En Aqal: Rujuk saya dan En Iman….insyaAllah kami tolong Cik Aida….tapi kena tolong kami dulu….jangan layan En Nafsu.


En Nafsu: Haaaahaaaahaaaaaa


Sheril Aida: Macam mana tu?


En Iman: Cik Aida kena bagi supplement yang secukupnya kepada kami dulu.Baru product kita improved.


En Aqal: Maksudnya, cik Aida…daripada resolusi hari ni, Cik Aida kena workout all the means.kitorang memang wat kerja kami untuk Cik tapi Cik kena jaga kebajikan kami, sedar sentiasa kami ni sentiasa bersama dan perlu di hantar ke hospital juga…


Sheril Aida: InsyaAllah…tapi…saya nak jaga korang ni….macam….


En Iman: Jangan risau cik Aida…kita sentiasa ada TALIAN HAYAT.Pencipta kita sentiasa boleh dihubungi.Cik Aida, kami dah tak boleh kalau kami saja yang kena train En Nafsu. Cik Aida perlu gak deal directly pada En Nafsu


En Nafsu: HUH!aku tak takut sesiapa puun!


En Aqal: Orite…we will see then!


En Nafsu: Aku akan tetap pengaruhi Cik Aida.(mendabik dada)


Sheril Aida: En Nafsu! Saya sudah lama hidup dgn awak.saya tahu benar bezanya apabila saya tak bersengkokol dgn awak.sy rasai.


En Nafsu: kah x 1000(mencebik)


Sheril Aida: Saya isytiharkan perang terhadap kamu! Saya pecat kamu daripada apa-apa jawatan dalam entiti syarikat saya. Terpulang untuk kamu cari jalan musnahkan saya!


En Nafsu: Saya akan pegang kata-kata ini!!! Tunggulah kau Aida!!! U will see after this!! (sambil ketawa berdekah-dekah seraya menumbuk meja dan melangkah keluar dari meja mesyuarat.kerusi dan hiasan lain disepaknya.)


Pintu bilik berdentum deras.Duummm! En. Nafsu yang hakikatnya masih menghantui Cik Aida sudah pergi dari team itu.Sheril Aida menutup mukanya dengan tangan dan menitiskan air matanya


En Aqal: Cik Aida, dia tu, ada ke takda…kerjanya memang akan kacau Cik Aida gak…jangan lah bersedih….


Sheril Aida: Saya bukan bersedih En Aqal…entahlah…terasa semakin mencabar hidup saya di usia ini dan akan datang…


En Iman: Dia ada…sekarang Cik Aida umumkan plan of action kita pula….


Sheril Aida: Baik.Saya akan jadikan En Iman jadi Ketua Eksekutif dan Timbalannya En Aqal.Kakitangan bawah kamu berdua akan saya aturkan pada En Jasad dan rakan sepasukannya.Nanti kita bincangkan pada En Jasad pula …kamu kena adakan meeting dengan En Jasad selalu…jgn lupa pastikan saya ada sekali.Saya akan sediakan supplement kepada kamu bertiga selepas saya dapatkan supplement daripada Pencipta. Saya amanahkan kamu untuk beri arahan operation pada En Jasad dan squadnya. Dan, En Iman, kena sentiasa pelihara link kita.terutamanya coverage kita dgn Pencipta dan syarikat2 lain. En Aqal, pastikan awak sentiasa upgrade dan invent. En Jasad pulak, nanti kamu kene follow-up dia selalu.Saya pulak akan sentiasa evaluate,monitor dan confide dgn kamu bertiga. Kita sama2 cipta dan laksanakan strategi untuk kawal En Nafsu.Kalau ada apa2, terus capai saya, atau Pencipta. Saya tak nak konflik yang dah terjadi tu akan berulang dan menjadi lebih teruk di masa akan datang pula…insyaAllah…Allahualam….


En Aqal: Cik Aida, saya takkan tinggalkan Cik Aida dalam kebuntuan….baik,kita mulakan gerak kerja yang lebih terancang lepas ni! Amin…


En Iman: Saya akan berusaha halang Cik Aida dari kegelapan….Cik Aida jangan renggang dengan amalan tambahan tau…yang wajib jangan sesekali cik Aida sengaja buat-buat lupa…mudah-mudahan kita benar2 berhijrah lepas mesyuarat ni…Amin….


Sheril Aida: Terima kaseh En Iman dan En Aqal…saya tak boleh hidup tanpa kalian…tak sanggup berpisah selagi En Jasad ada. Kalau En Jasad dah takde, saya ok je…cume, sebelum En Jasad letak jawatan automatik tu, saya sangat perlu kalian…saya sangat sayang kalian….


Iman & Aqal: Sama2…kami faham cik….


Sheril Aida: Majlis ditangguhkan dengan tasbih kafarah…


Kami bertiga:Subhanarabbikarabbilizzatiammayasifuun….walhamdulilahirabilalamiin…


Kami pun kembali pada urusan masing2…Allahualam….


“Kita digagalkan oleh musuh bukan kerana kita lemah tetapi persedian dan perancangan pihak musuh yang sentiasa mendahului kita yang menyerlahkan kegagalan kita…..”

















0 comments: