BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 28, 2009

ISLAMISASI MAKANAN!!!

Salam ceria



Salam muhibbah


Salam bersedia untuk makan cili jarum


Cuma ingin respon kepada KFC yang digambarkan oleh saudara Kmey, Timbalan Presiden PKPIM dalam tazkirah subuh….(di sentul eyh?)


Situasi pekerja istimewa di KFC bolehlah dikatakan sebagai strategi pemasaran yang digunakan KFC untuk agenda mereka.Pada pendapat saya, KFC bertujuan untuk menarik hati pelanggan terutamanya pelanggan yang baik kerana ingin menunujukkan bahawa kononnya mereka adalah peniaga yang menjaga tanggungjawab sosial masyarakat selain dari pada mencekik darah yang dilihat oleh mereka yang tidak tersogok oleh dunia makanan-makanan palsu KFC.


Cuba ingat kembali, KFC ada kotak donation, nampak ‘beri peluang pekerjaan pada insan istimewa’…dan entah apa-apa lagi.malas untuk saya ambil tahu banyak.At least, they know a bit kind of moral values.but knowing only is not everything for man.


2 orang peserta dalam Bengkel Fasilitator Nasional yang baru selesai tengah hari semalam menceritakan pengalaman pada saya mengenai makanan KFC dan gula2 yang penganjur sediakan kepada peserta dalam bengkel itu.Yang plastik warna ungu itu.Saya memang tak berselera sangat dengan gula-gula tu.


Kes 1-KFC


Sukma melaporkan bahawa, bapa saudaranya yang bekerja untuk memantau pemprosesan makanan halal (JAKIM) meriwayatkan bahawa KFC di Johor telah diserbu dan tertangkap menyembelih sang ayam dengan menggunakan tangan-tangan bukan Islam.Dan, daging tikus juga diriwayatkan dicampur dalam gorengan ayam tu.tepung yang menyaluti pula diroyakkan, tidak halal.Yang hairannya, ke mana J-Corp seperti yang diumumkan oleh pogram BTN di IPTA/s ?yaitu bahwasanya KFC halal adalah KFC Johor Corporation???


*responden boleh betulkan kesalahan fakta jika ada


Kes 2


Erni ,melaporkan Mentos bergelatin.






Jadi, untuk memasarkan dakwah Islam, perlu ada strategi pengaruh seperti yang di lakukan KFC.Tetapi apa yang dilakukan KFC adalah berbeza sama sekali dengan Islamic Spreading Marketing(ISM).Islam tidak pernah mengajar kami untuk berselindung di sebalik kebaikan dengan melakukan kejahatan yang disembunyi.Mengambil setakat SEBUAH JE kedai cawangan KFC kat semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak dengan menggaji pekerja istimewa ini cukup tampak usaha mengaburi rakyat, melobi pengguna.Berbanding korupsi dan bankrupsi khasiat makanan KFC itu, saya tidak rasa orang-orang yang meminati KFC ,mcD dan yang seangkatan dengannya ‘berjiwa’.Otak ada, jiwa takdak.Dan mereka yang makan dan minat makan lagi tuh- makanan yang nyata bukan produk yang diyakini mutunya, baiknya,bersihnya,halalnya……huh malas aku nak komen lah.kalau tak tahu, tak apa.ni, dah tahu…panas jugak hati aku.lebeh2 lagi pada orang yang faham ni, ajak aku p makan kat mcD.lain kali aku p lempang lantai jelah daripada lempang orang.


Sekarang, ISLAMISASI MAKANAN JUGA SAMA PENTING DENGAN ISLAMISASI PERADABAN.DARI MAKANAN MEMBENTUK DARAH DAGING MEMBENTUK JIWA DAN AKAL.DARI PEMBENTUKAN JISIM BADAN MANUSIA,YANG SUMBERNYA MAKANAN, AKAN MENCORAKKAN JIWA,PERSONALITI,PERIBADI,AKHLAK DAN MACAM2 ISTILAH LAGI.KALAU NAK PERTIKAIKAN, BANYAK RESEARCH BUKAN ISLAM SENDIRI MENTAFSIRKAN PERSONALITI MANUSIA DENGAN JENIS MAKANAN YANG DIMINATI.ALAH, KUIZ TU ADA DALAM FACEBOOK GAK!!! WALAUPUN AKU TAU KUIZ2 DALAM FACEBOOK TU CIKAI2.ADE LA CKIT KUOT JENIS YANG SAHIH.ITU BUKAN POINT UTAMA.BILA DAH TERBENTUK PERSONALITI,PERIBADI,SIFAT,WATAK DAN PERWATAKAN DAN SEBAGAINYA, TERCORAKLAH PERADABAN SESUATU KELOMPOK MASYARAKAT ITU.BERMULA DARI INDIVIDU, BERTAMBAH KEPADA KAWAN-KAWAN ATAU ORANG SEKELILING, KELUARGA,KAMPUNG,MUKIM,DAERAH,NEGERI,NEGARA SETERUSNYA DUNIA BEB!!! SEBAB INI HASIL PENGARUH MEMPENGARUHI.INFLUENCE FACTOR.YELAH.MARKETING.CONTOH, “KAWAN PROMOTE KAWAN MAKAN KAT SEKIAN2 TEMPAT” “KAWAN YANG TELAH DIPROMOTE AJAK LAGI KAWAN2 LAIN YANG BELUM DPROMOTE….UNTUK APE?MAKAN KAT STARBUCK?CONTOH.ITU CONTOH.CONTOH REALITI.ALANGKAH BAIKNYA KAWAN NI PROMOTE KAWAN TU KE ‘BENGKEL REMAJA PROGRESIF’ MISALNYA.TAKPUN PROMOTE BERNIAGA SAMA, KEDAI MAKANAN ISLAMIK KA…NAK KE MAKAN MAKANAN YANG KALAU KITA TAHU, ‘BEGITU KA CARA PEMBUATANNYA’?KALAU MAKANAN KEDAI MAMAK/INDIA KO BOLEH GELI, KO PATUT ADA SENSE OF GELI JUGA PADA MAKANAN LAIN YANG HAMPEH DAN MACAM BERSIHIR PADA PERADABAN MANUSIA.


RENUNG LAH MENEROBOS JAUH KE DALAM DIRI SEBELUM TUDING ORANG LAIN SAMPAI DINOSAUR BERTENGGEK KAT BULU MATA SENDIRI PU TAK SEDAR






Al-Baqarah


172. Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.






Al-Maidah


87. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda Yang baik-baik Yang telah Dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa Yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas.

*sila rujuk hadis dan lain2 pembacaan

jangan menonong je ekot orang















0 comments: