Bagaimana menangani kelembapan berfikir?
Akal, jiwa, ruh dan badan adalah eleman yang meyakinkan keinsanan seseorang manusia. Bertambah meyakinkan sekiranya pengukuhan kepada ke empat perkara ini dilazimi dari semasa ke semasa.Bahkan keempat-empat unsur ini tidak akan dapat menunjukkan kehebatan hamba Allah, kedahsyatan musuh taghut, jika dipisahkan, diisekularisasi, diliberalkan dari alam rohani Rabbaniyyah.
Menurut Aristotle, fizikal yang baik kondisinya pasti membawa kepada keunggulan fikiran.
Namun, bagi pelajar, atau para cendekiawan mahupun mana para ilmuwan pun sudah lebih maklum akan hal perkaitan jasmani dan ruhiyyah seorang insan, sangat menyaling.Contohnya, kita boleh buka karangan-karangan Ibnu Sina, At-Tabari,Al-Ghazali, imam-imam FIQAH pun. Apa lagi beberapa tokoh sufi seperti Jalaluddin Rumi, Syeikh Abdul Qadir Al-Jilany dean tokoh-tokoh lain.
Rumi mengatakan, "Orientasi kepada indera dalam menetapkan segala hakekat keagamaan adalah gagasan yang dipelopori kelompok Mu'tazilah. Mereka merupakan para budak yang tunduk patuh kepada panca indera. Mereka menyangka dirinya termasuk Ahlussunnah. Padahal, sesungguhnya Ahlussunnah sama sekali tidak terikat kepada indera-indera, dan tidak mau pula memanjakannya."Bagi Rumi, tidak layak meniadakan sesuatu hanya karena tidak pernah melihatnya dengan mata kepala atau belum pernah meraba dengan indera. Sesungguhnya, batin akan selalu tersembunyi di balik yang lahir, seperti faedah penyembuhan yang terkandung dalam obat. "Padahal, yang lahir itu senantiasa menunjukkan adanya sesuatu yang tersimpan, yang tersembunyi di balik dirinya. Bukankah Anda mengenal obat yang bermanfaat? Bukankah kegunaannya tersembunyi di dalamnya?" tegas Rumi.
Berbalik kepada beberapa perkara objektif yang ingin kita bincangkan di sini.
- 1) Bermujahadah membasuh hati dari kekotoran, maksiat, kelucahan, akal-akal musang, pelaziman menipu dan yang seangkatan dengan soal menjaga kebersihan hati. Termasuklah sekecil-kecil bersangka negatif (suuz zhan) atau sebesar-besar bongkak mahupun membenci manusia lain.
- 2) Beramal bersungguh-sungguh seolah-olah berebut-rebut untuk mengutip segala kebaikan selagi sempat bernafas di dunia fana.Tanda hati yang cemerlang ialah menyesal teramat apabila terlepas daripada berbuat sesuatu kebaikan, merasa duka yang hebat apabila terlakukan suatu kesalahan.
- 3) Sentiasa bercakap akan perkara-perkara yamng bermanfaat buat dirinya dan orang-orang di sekelilingnya.Ketawa dan tangis bengisnya pun atas manfaat yang benar, niat yang benar.
- 4) Sentiasa memaksa diri untuk berkominikasi dengan Penciptanya, jika sekira permulaan usaha ini, adalah suatu poemaksaan pada diri. Melazimi membaca Al-Quran dan menyelongkar maknanya buat renungan. Bukan untuk berdebat dengan orang lain atau menunujukkan alim nya sahaja.
- 5) Sentiasa memenuhi hati-hatinya dengan mengingati Allah sama ada secara qalbiyyi,lisaani atau amaali.Dalam ketangkasan mengejar kewajipan yang wajib ditunaikan mahupun nafilah kerana ktikal perlunya bercakap ,mendapat ilham dan petunjuk Rabb
- 6) Membaca.(Al-Alaq)
- Kerana inilah sumber rujukan utama, bagaimana Ilmu sampai kepada manusia-manusia yang bukan penerima wahyu.Akal yang dilatih untuk mebaca tulisan yang sarat dengan isi, ilmu, adab, intelektual, yang menggalakkan interaktif pemikiran pasti akan memangkinkan neuron pada otak untuk bersinapsis dengan lebih giat.(dari penulisan Ainon Abdullah,cetakan 90-an)
- 7) Mencintai Allah dan Rasul, ada rasa cinta mendalam terhadap para Nubuwwah dan berazam untuk membela, mencontohi dan mematuhi Rasulullah dalam semua ajaran-Nya dan pesan wasiat baginda.
- 8) Menjaga hubungan sosial yang baik sesama makhluk,(alam) apa lagi dengan manusia.
- 9) Berpaling dari keseronokan dunia, mengejar Redha Illahi, bercita-cita untuk mati di jalan Allah biar kemewahan dunia belum dikecapi.
- 10) KeTauhidan yang jitu, amalan yang ikhlas dan benar, telah diusahakan dirancang dengan baik dalam kehidupannya, usaha menjadi hamba terbaik,hamba yang sentiasa sensitif menjaga rohaninya
Wallahualam.Moga bertemu lagi di bahagian seterusnya, InsyaAllah
Rujukan:
Quran Karim
Tafsir Al-Azhar
Tasauf Moden-Hamka
Menjana Minda Kognitif-Ainon Abdullah
Greek Philosophy
Islam & secularisation-Prof SMN
Rahsia Mengenal Diri-Al-Ustaz Hal Azwan
Revolusi EISQ-pts publication
Sufinews.com
0 comments:
Post a Comment