BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 4, 2010

nyanyian hati

lelah tak lelah...aku tak kira!
Kalau aku malaikat

Aku cekang

Kalau aku an-naas

Aku mudah lelah

Kalau aku iblis

Aku tidak pernah kenal lelah


Aku malaikat yang cekang

Kerana aku setulus cahaya yang memandu manusia

Aku manusia yang mudah lelah

Kerana aku tanah yang mudah dibentuk, diacuan, dihinjak digali sesuka hati

Aku iblis yang tak pernah lelah

Selagi ada seorang dua manusia yang taat bercinta dengan Rabbnya


Jadi….

Aku suka jadi siapa?

Akhirnya

Siapa yang tak kan lelah?

Nantinya

Aku akan jumpakah bentuk abadiku?


-Memang faqir Hamba Dhaif dalam Luka Dunia-2.29am 12 jun 

0 comments: