BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 24, 2012

Senarai cara memulakan ucapan

Senarai cara memulakan ucapan.


1- Berterima kasih kepada penganjur atas jemputan, hadirin yang hadir, sebutkan nama juruacara dan    
    orang lama atau orang penting dalam organisasi penganjur tersebut.


2- Mulakan dengan pernyataan positif di mana audiens berminat untuk mendengar lagi ucapan anda   
     sehingga mereka dapat membayangkan akan menikmati erti dan manfaat ucapan itu hanya dengan 
     permulaan pernyataan positif itu tadi.


3- Puji audiens, contohnya; " anda adalah orang terpilih dan terbaik kerana sanggup berkorban masa dan 
     tenaga,datang dari jauh yntuk persidangan ini..tepukan untuk diri sendiri"


4- Beri pernyataan yang meransang pemikiran yakni usah terlalu terus tetapi mebiarkan audiens 
     mendapat  mesej dengan berfikir-fikir namun tidaklah sehingga membebankan fikiran audiens.


5- Rujuk isu semasa.


6- Rujuk peristiwa bersejarah.


7- Rujuk orang ternama dari segi petikan kata-katanya, biofgrafi ringkas pada bahagian yang 
     penting,pencapaian atau penerbitannya.


8-Ulang perbualan semasa dengan audiens yang berlaku sebelum persidangan.


9- Beri pernyataan yang mengejutkan.


10- Petik penyeldikan terkini.


11-Beri audiens harapan.


12- Mulakan dengan jenaka.


13-Jadi penghibur.


14- Tanyakan soalan,jalankan kajian.


15- Galakkan interaksi dua hala dan perbincangan sesama audiens.


16-Sebutkan pernyataan masalah.


17- Cetuskan persoalan dari pernyataan yang dibuat.


18- Bercerita.


19- Bina rapport (jambatan) dengan audiens.


20- Beritahu audiens fasal kita.






Rujukan 


Brian Tracy; penterjemah : Hamim Nasoha. (2008). Speak to win.  PTS  Professional Publishing Sdn. Bhd.

0 comments: