Aku bukanlah penghuni yang dah lama menetap di UIAM ini.Namun kesempatan bertemu dengan pelajar antarabangsa ini memberi sedikit sebanyak gambaran padaku tentang sikap pelajar Malaysia dan antarabangsa di sini.sungguhpun begitu dapatan yang aku perolehi bukanlh secara empirikal.tidak semestinya pemerhatian ku ini boleh diaplikasi seratus peratus kepada seluruh pelajar Malaysia & antarabangsa,khususnya,pelajar y berkulit hitam.
Terdapat beberapa kelompok pelajar berkulit hitam menyuarakan pandangan mereka atas pengalaman y benar2 terjadi pd mereka.Isunya ialah ketidak sanggupan pelajar wanita Malaysia untuk bekerjasama dgn mereka dalam kumpulan ‘assignment’.kebyakkn pelajar wanita Malaysia di kuliyyah ini, seolah2 meminggirkan mereka utk dijadikan ahli kumpulan dalam ‘pembikinan’ assignment.contohny,memberi alasan ahli mereka sudah cukup, sedangkn pelajar antarabangsa itu tidak ramai pun dan sememangnya ‘terlebih’ sedikit hasil daripada pembentukkan kumpulan y dah lengkap oleh pelajar m’sia.Pelajar berkulit hitam ini pula mendakwa pelajar wanita M’sia seolah2 tidak ramah dan kurang menunujukkan minat untuk bersosial dgn mereka.Perlu sy ingatkan di sini, responden pelajar antarabangsa sy hanya terbatas kepada satu kuliyyah,berjantina perempuan dan berkulit hitam.
Pelajar Malaysia pula meluahkan bahawasanya pelajar wanita berkulit hitam ni kebanyakanya berlagak.Perasan cantik kerana berpakaian seksi dan over dan sering jeling-menjeling akan pelajar M’sia.Kalau diberi senyuman, tak dibalas,jd macam mana lah nak menegur…Tambahan lagi, mereka ni social dan suka ‘clubbing’ n balik lewat malam.
Bagi saya , tak semua pelajar Malaysia n antarabangsa begitu walaupun ada yang macam tu.Kita tak perlu stigma pada bangsa lain ,negara lain,negeri lain atau sape2 pun org lain.Apa yang saya paparkan tadi bukanlah gambaran y tepat untuk kita klasifikasikan budaya org Msia mcm ni, n budaya pelajar berkulit hitam macm tu.
Ape y penting ialah kita pegang konsep brotherhood in Islam.Kt ni memang komuniti Islam kan?Sepatutnya lebih senang utk kt bermuzakarah.Jd, semakin kita rasa jauh terhadap sesame saudara kt sendiri, semakin sukarlah kita hendak membina tamadun khayra ummah.kalau ada kekurangan, jgn jadikannnya sebagai wadah untuk menjauh,utk membenci, untuk bersengketa dan sebgainya.Jadikan kelemahan org lain sbg musabah diri kita kerana Al-Ghazali pernah berkata,melihat kelemahan org lain sebenarnya mencerminkan kelemahan kt juga.Apa salahnya kalau kekurangan org lain menjadi medium keinsafan kt?dan menjadi pencetus rasa kasihan dan sayang pada saudara seagama kt?Mengapa kita nak hukum org lain?kt ni dah sempurna dan ma’sum ke?Yang penting niat kita ialah nak membawa sahabat2 kt bersama2 ke arah kebaikan dgn cr y bhikmah,Ingatlah, Allah tidak memandang y lain melainkan taqwa dalam diri kita.Usah tuding menuding dan ayuhlah bina ukhuwah yang manis dan indah bersama di sini.Saya memuji usaha Law Society yang pernah membuat program utk mengeratkan pelajar M’sia dan antarabangsa sem lepas.satu keprihatinan y tampak remeh tapi bsar impaknya pd penghuni IIUM.Wallahualam…nanti sy akan ketengahkan isu ini dalam BI pula, InsyaAllah.
Celebrating Prophet Muhammad, Our Prophet
1 month ago
0 comments:
Post a Comment