Seperti dentuman kiamat, suara itu mencarik-carik hati ku yang kecil ini.suara itu meragut ketenangan dan kegembiraan yang baru mula mengulang untuk menduduki hatiku.Aku seolah-olah dilempar dan dihempas ke dinding simen hingga patah riuk tulang ku.hingga otak ku berkecai dan bersepah tanpa amaran.sampaikan jiwa ku ranap tak terkira sendunya.saat suara itu menyerang gegendangku dan dihadam oleh hatiku, aku terasa dunia ini tiada ruang untuk berteduh…melainkan rasa dipunyai dan dimiliki itu.
maksud tulus hatiku tika itu, yang mungkin benar-benar wujud tika itu saja, hanya Allah yang meneduhkan ku selama ini.Dia lah yang mempunyai aku. Dial ah yang memiliki aku.Tiada lain!Kerana Dial ah aku melayan ketabahan dan pertahanan dripda serangan virus tangisan sahabatku.
aku dapati sejak akhir-akhir ini, sahabatku sayang ini semakin kerap menangis.virus tangisan nya pula menjarakkan aku dari keinginan menangis.mungkin terlau sedih diriku ini.hingga air mata sudah muak untuk hadir diwajahku.aku Cuma mampu berdoa.benarkan hati penjagaku sejak kecil untuk memahamiku.memahami konsep sukarelawan islam.memahami apa dan kenapa perlu berkorban masa, tenaga dan wang ringgit yang Cuma bernilai pada mereka yang tidak tahu menghargai nilai sebenar sebuah kehidupan..ilmu dan pencariannya ,sepatutnya bagaimana?
juga jauhilah diri sesiapa pun dari melukakan hatiku yang mudah sekali merasa lukaa………..selama ini aku berjiwa peluka.namun aku berjaya menjiwai watak kontra.dan Allah ya rabbi tolonglah jauhi aku drpd melukai siapa2 pun...diluar jasad aku ,jarang untukku mempamerkan sebenarny perasaan luka dan remuk itu.
apa aku tidak pernah percaya pada aku?tidak pernah aku tidak merasa luka.begitu juga kamu bukan?dan tidak ramai yang mahu mengerti luka yang ada padaku.tidak.aku juga tidak ingin merekamengerti lukaku.biar ku tanggung sendiri.bersama-sama Al-Wadud.Al-Wadud sajalah tempat kubersandar.tempatku menghimpun keresahan dan luka.dan biarlah sahabatku sayang terus menjadi pembakar semangatku, pengisi ruang dunia yang diberi padaku agar sempat merasa….dunia oh dunia!selamat tinggal hati luka.kampung abadi sedang menunggu…..
Celebrating Prophet Muhammad, Our Prophet
5 weeks ago
2 comments:
very inspiring.. insya allah...
huhu..thanks...kawan2 juga la inspirasi sy
Post a Comment