Assalamualaikum….agak lama aku membiarkan laman ku terjeda dalam vakum.hari ini aku punyai sedikit waktu untuk berkongsi perkara bermanfaat untuk ukhuwah bersama.sekiranya aku tidak silap, julai lepas aku mengikuti satu program-Multaqa Nuqaba anjuran PKPIM.satu topic yang menarik minatku, telah disampaikan oleh Ustaz Nasir, abang kak Faridah PKPIM.Beliau merupakan pensyarah Islamic Studies.
Tajuk yang bermaudhukan akhlak ni, mungkin tidak menarik minat org awam hatta org y terpelajar, barangkali.tapi aku percaya masih ada y tertarik untuk membicarakan hal2 sebegini yang kononnnya sudah biasa, benda mudah dan sebagainya.Apa kata, kita infak kan mata utk artikel ini sekejap.
Akhlak merupakan jamak kepada perkataan khuluk.atau dalam bahasa lain, plural noun bg khuluk y merupakan single noun.Menurut Al-Ghazali, akhlak adalah sifat2 atau perangai yang sebati dalam diri kita, tanpa perlu kita fikirkan dan programkan utk bertindak/to behave.
Dalam bahasa arab, perkataan akhlak itu sendiri adalah luas, yakni merangkumi akhlak negatif (mazmumah) dan positif (mahmudah).hanya bahasa melayu yang mendefininisikan akhlak itu sahaja sebagai sifat positif.Kita selalu dengar, guru besar atau pengetua mislanya, berucap hendak melahirkan remaja berakhlak.namun hakikatnya, ayat itu belum lengkap jika dilihat dari segi leksikal baahasa Arab.
Hujjatul Islam juga telah memberikan ruang untuk kita berfikir dan mencoba amali bagi panduan untuk membentuk akhlak y baik ini. Kata Ustaz Nasir, utk mendapatkan akhlak yang baik, semstinya akhlak buruk dibuang terlebih dahulu.Sungguhpun begitu, beliau menerangkan dalam proses berubah ke arah akhlak yang baik pasti ada unsur kepura-puraan pada peringkat permulaan. Saodara saodari jgn bimbang!Itulah perkara normal, lumrah yang perlu kita lalui dalam perubahan ke arah sifat y lebih baik.memang pada mulanya kita akan merasakan diri kita sedang mempura-purakan diri melakukan amalan baik, yang sebelum ini jarang kita lakukan, atao tidak pernah sama sekali.Haaaa…inilah permulaannya kita sedang melatih diri untuk membiasakan sesuatu yang betul.Dan kita wajib membetulkan sesuatu yang kesalahan y biasa kita lakukan.Adakah anda setuju?laman saya bebas untuk anda gunakan dlm berpendapat.silakan2.
Dalam Ihyaa Ulumuddin, Hujjatul Islam telah menyarankan salah satu teknik untuk berubah. Tingkat Pertama, At-takhali, kedua, at-tahali, ketiga, at-tajali.
At-takhali bermaksud, mengosongkan jiwa daripada sifat2 yang buruk.bukankah hadis Rasulullah SAW jelas menyatakan jika rosak hati rosaklah kesuluruhan jasad kita.maksudnya, dari hati yang kotor lah akan memperlihatkan tingkah laku yang negatif.sebab itu lah kawan yang baik akan membantu kawannya untuk menjadi lebih baik, dgn sabar, bukan dengan kemarahan tapi keikhlasan untuk melihat org lain dipenuhi kebaikan.kawan yang sebegini bukannya bertujuan utk mengaibkan jika melakukan nasihat dgn hikmah.kwn y sebegini juga tidak reput hatinya.
At-tahali pula menghias dan mengisi hati dgn sifat mahmudah.InsyaAllah hati yang telah disental untuk proses pelupusan akhlak negatif atau niat negatif akan mudah menerima teguran,mudah mnerima ajaran murni, mudah untuk merasa bersalah, mudah meminta maaf dan memaafkan mudah segala-glanya mudah untuk menerima kebaikan.Tidak mustahil anjakan paradigm berlaku dalam proses ini.
At-tajali ialah berakhlak dengan akhlak Allah…..kita contohi nama-nama Allah yang semuanya mencerminkan kesempurnaan dan kesantunan akhlak Allah.Contohnya, al rauf.yang maha mengasihani.kita memanglah tidak bisa mencapai darjat pengasihani sepertimana Allah mengasihani hamb-Nya.tetapi, cukuplah kita mengasihani alam dan kehidupan ini sesuai dgn darjat kita sebagai manusia,Alllahualam.
Celebrating Prophet Muhammad, Our Prophet
5 weeks ago
0 comments:
Post a Comment