Dalam Islam, sederhana itu menjadi elemen pengimbang dunia akhirat.Menurut beliau, salah satu cara utk kita memahami wasatiyah ialah dgn mencuba eksperimen mengimbangi sebatang kayu dgn jari anda.cuba anda cari di manakah titik tepat untuk menghasilkan kayu yang seimbang dgn jayanya? Wasatiyah itu ada pada titik yang tepat itu, sahabat2 sekalian.dalam hidup kita,dalam beramal, dalm Islam, kita kena cari titik tepat itu supaya mewujudkan cara hidup yang tepat,amalan y tepat, Ajaran Islam y tepat, segala-galanya tepat, terbaik.Cuba anda ingat kembali Rasulullah yang melakukan solat wajib dan sunat hingga bengkak kakinya.Apabila ditanya kenapa, baginda menjawab hanya keran a ingin menjadi hamba Allah yang terbaik.wajarkah kita mendefinisikan wasatiyah ini ialah melakukan ibadah dalam hidup dengan ‘sedang-sedang’ sahaja?cukup makan sahaja? Maksud Rasulullah, lakukanlah ibadah dengan mekanisme yang tepat,terbaik kerana hamba yang terbaiklah mempunyai cirri-ciri wasatiyah itu.bukan hamba yang berfikiran ibadah cukup makan adalah manifestasi wasatiyah.Allahualam.
Aku sempat bertanya, adakah sekiranya seorang pemberi nasihat itu bukan seorang yang cukup baik, atau pun mempunyai masalah hati juga, akan menghalang orang yang ingin kita nasihati daripada menrima nasihat kita? Aku berpuas hati dgn jwpn beliau. Jika kita menunggu insane terbaik untuk menasihati kita barulah kita hendak berubah, itu bukan berubah kerana kebaikan dan kebenaran.insan terbaik adalah nabi dan rasul.jangan berangan insane sebaik nabi atau nabi akan dtg d zaman ini untuk menasihat kita baru kt nak dengar.kalau ada urg yang menolak untuk menerima nasihat org yang dia rasakan tidak layak, dia rasa pun sama tak bagus kah, tak dihormati kah…better Tanya diri sendiri lah. Something wrong somewhere must have been. kita jangan jadikan peribadi org y berkata sbg alas an perubahan, kita hidup berpaksikan kebenaran.terimalah kebenaran darinya sekalipun dia fasik atau gila.Ingat kisah iblis menyamar jadi pencuri di gudang makanan,(ditangkap mencuri di gudang makanan itu 3 kali) d zaman Rasulullah?Pencuri itu akhirnya menasihati penjaga gudang supaya mengamalkan Qursi dalam kehidupan seharian.Apabila dirujuk kepada Rasulullah, rupa-rupanya pencuri itu Iblis.Nah. Adakah kita ingin menolak mengamalkan membaca Qursi sekarang?
Sama-sama kita ambil inti kali ini, iaitu tiada penghalang untuk kita berubah melainkan diri kita sendiri yang mencorak hati dan pemikiran kita.orang luar,atau entiti diluar jasad kita bisa melakukan apa sahaja utk mempengaruhi kita.tapi pusat markas iman, pemikiran,perbuatan kita yang mengawalnya.umpama ikan2 dan hidupan laut.semasin mana pun laut y masin itu, ikan2 dan sahabatnya tetap hidup dalam kesegaran tanpa hidup dgn badan yang masin.hanya setelah ikan2 dan sahabatnya MATI baharulah kita manusia berupaya mengasinkan ikan2 tadi.ular masin pun boleh kalau mahu.jadi, hati yang mati ibarat ikan yang mati tadi.anasir2 luar mampu membuat apa-apa pun atau merubah apa2 pun pada IKAN MATI/BANGKAI IKAN /HATI MATI itu…maaf jika terkasar bahasa……hanya Allah yang paling Mengetahui dan paling hampir dgn anda.Jadi, contact2 lah Allah yang dekat itu selalu.saya yang jauh ini tak usah di hubungi atau diingati selalu
Celebrating Prophet Muhammad, Our Prophet
5 weeks ago
0 comments:
Post a Comment