BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 7, 2009

UPSR!

Kepada adik-adik yang bakal menempuhi UPSR esok….
Selamat berhadapan dengan realiti kehidupan esok…sisipkan tawakal pada Nya,yang pasti setelah benar kamu berusaha…..


Kepada adikku, Sheril Nur Haziani bt Sulainan….


Esok bukanlah hari permainan….
Malah semalam tidak pernah menjadi hari permainan
Apatah esok adikku sayang…..
Tiada sesiapa yang bisa meminjamkan otak padamu esok
Tiada Yang boleh memberi bantuan untuk mu menjawab soalan menggunakan kepakaran minda orang lain
Yang ada hanyalah keyakinan diri
Pengetahuan yang ada pada dirimu
Harapan kepada Allah
Ingat adikku
Kau sedang melakar sejarah untuk membina masa depanmu…
Masa depanmu
Mahukah kau menjadi mereka yang
Tertewas
Tercicir
Terkecewa dalam hidup
Kerana tiada ilmu yang bermanfaat
Tiada harta untuk berbakti pada masyarakat
Tiada sumbangan pada masyarakat…
Mahukah kau adikku …
Menjadi orang yang tak bermanfaat di sisi masyarakat?
Lantaran gagal dalam kehidupan?
Gagal beroleh kejayaan yang menjadi laluan untuk berjaya dunia akhirat?
Cukuplah…
Bimbang adik tak mengerti maksud ku ini…
Tenangkanlah fikiranmu
Jangan lupa kepada Allah
Tanggungjawab kita pada Allah jgn di abaikan
Hati ibu dan ayah perlu dijaga, disantuni…
Semoga kau beroleh barokah Allah, keredhaan ibu bapa
Usah merasa berat dengan ujian ini
Usahalah semampumu, yang kau terdaya….sehabis baik….!

TAUK SIK KITAK CHOMBI, MAK DGN AYAH SAYANG KITAK.ALONG, KAK NOR, BANG DAM AND ANIS MENARUH HARAPAN YANG TINGGI DGN KTK CHOMBI......JGN HAMPAKAN KMK URANG.....TAPI MEK URANG XKAN SALAHKAN CHOMBI MUN RESULT X GEMPAK......REDHA JAK DGN KETENTUAN ALLAH

0 comments: