Dr Farid Shahran(Pensyarah Usuluddin Uiam Gombak)
‘Generasi ta’adib islami’
Asas-persoalan adab=
Prof Naquib Al-Attas mendefinisikan adab sebagai keadaan di mana seseorg mengenal tempat letak sesuatu dan bertindak dan beramal daripada / berdasarkan pengenalan itu
Maksudnya, kita hendaklah memposisikan sesuatu betul pada tempat sepatutnya ia berada berdasarkan pengenalan kita terhadap darjatnya supaya kita dapat memposisikannya pada tahap dan tempat yang betul dan benar
adab berkait dgn pendidikan dan tercakup dalam pengertian dan aplikasi yang luas
bukan fizikal semata2.contoh beradab secara fizikal ialah meletakkan kuali di dapur dan bantal di kamar tidur. Apakah beradab kiranya kita meletakkan kuali di kamar tidor dan bantal di dapur?
isu pendidikan kini ialah masyarakat yang tidak mengenal kedudukan yg lbh tinggi yakni tidak meletakkan Tuhan pd tmpat yang betul seperti mensyirikkan Allah, menafikan Allah baik secara lisan, perbuatan mahupun lintasan hati.
tidak beradab dgn Tuhan, tidak beradab dalam hal akidah akan dihitung di neraka
Akan tetapi adab sperti simpan kuali dlm ‘office’, tiada kaitan dgn akidah- tiada kaitan dgn hukuman di neraka
Dan masalah umat masa ini juga tidak memuliakan Rasulullah.Orang yang hanya menerima ajaran Al-Quran tetapi menolak sunnah baginda umpama menerima surat daripada posmen.Analogi yang beliau tunjukkan ini bermaksud jika kita menerima surat dari posmen, sudah tentu kita tidak bertanya penjelasan posmen mengenai kandungan surat itu kerana sudah tentunya posmen tidak boleh menerangkan dgn lebih dalam melainkan hanya bertugas untuk mengepos surat itu semata-mata.Faham atau tidak faham, terbeban pada penerima surat itu sendiri. ‘Lantaklah penerima surat itu sendiri’
Tetapi Rasulullah bertanggungjawab.Baginda tidak pernah lepas tangan terhadap umatnya. Oleh sebab itulah wujudnya sunnah dan hadis Rasulullah. Baginda bukan berfungsi seperti posmen. Mungkin boleh dikatakan nabi bagi orang yang menolak sunnah Rasulullah ialah bukan Muhammad tetapi POSMEN mereka yang aku pun tak tahu siapa yang mereka angkat sebagai nabi dan Rasul.Apa kita yakin kita mampu mentadabbur Quran dengan kebolehan kita sendiri secara total? Nak hadam penulisan Naquib Al-Attas pun susah inikan pula Quranil Karim!
Sebenarnya, Kita lebih byk tahu ttg nabi.lbeh tahu dr aikon skrg.ahli- ahli sirah telah berjaya merakamkan kehidupan nabi walaupun perkara sulit.Contohnya tanda hitam di belakang baginda,susunan gigi beliau, kisah sulit seperti bagaimana adab baginda menggauli isteri dan sebagainya . Tetapi pernah kah kita tahu di manakah letaknya panau dan tahi lalat si Beckham itu?
Setelah tahu meletakkan Allah dan Rasul di mana, Ibu ayah juga memerlukan kita untuk meletakkan mereka pada tempat yang menjadi hak mereka. Alangkan berkata ah, dan eh (urf) tidak dibenarkan sama sekali inikan pula mengherdik(tanharhuma) mereka.Sakitilah hati ibu bapamu nescaya kau akan mendapat kesakitan yang maha dahsyat dari Allah
Untuk mengenalkan masyarakat ,memahamkan pelajar-pelajar ttg letak duduk segala sesuatu itu sbgmana yang digagaskn oleh agama , perlukan perlaksanaan.
Ta’adib ialah perlaksanaan adab dalam masyaraka.
Bagaimana?-Masyarakat perlu diberi pengetahuan yang sebenar
Bukan guru semata-mata yang memegang amanah tadib.Mereka yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang adab dan akhlak ini hendaklah menghidupkan suis diri untuk berfungsi memahamkan masyarakat
Tradisi islam ada 2 : 1. Berdebat 2.Tidak berdebat langsung.
Imam Al-Ghazali membawa 2 pendekatan : critical method & constructive method
Selepas mengkritik, Imam Al-Ghazali akan membina semangat.
Gagasan membina adab dalam kalangan masyarakat adalah sangat signifikan.Adab adalah laluan kepada keberkesanan ilmu untuk diterima oleh manusia.Tanpa adab, sukar memperoleh ilmu yang diberkati, sukarlah membina akhlak mulia sukarlah mencapai redha Allah. Apa yang kita kejar bukan syurga semata-mata tetapi yang kita kejar secara Haqiqi ialah Mardhatillah, keredhaan Allah. Kalau Allah redha, barulah kau merasa syurga.Allahualam
Celebrating Prophet Muhammad, Our Prophet
3 months ago

0 comments:
Post a Comment